BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

12 Julai 2008

Cerita Pasal Berkhatan - Ada Yang Saya Tidak Tahu!

2 minggu yang lepas Aku melawat seorang kawan masa zaman universiti dulu. Memandangkan Aku tengah bujang, memang ada masa la nak melawat kawan tu. Kebetulan pula hari itu seorang lagi kawan baru sampai dari KL dan singgah di rumahnya. Aku pun tanpa berlengah terus ke sana bila dapat SMS dari tuan rumah.

Bila sampai di sana, kira macam mini reunion UKM la pulak. Banyak yang diceritakan terutamanya kisah-kisah masa zaman universiti dan perkembangan semasa. Tetapi dalam banyak-banyak cerita, yang paling menarik ialah tentang berkhatan.

Menurut kawan Aku ni, Masa cuti sekolah yang lepas dia telah mengkhatankan anaknya. Hmmm.. pada Aku mengkhatankan anak tu biasalah.. bila sudah sampai masa untuk anak lelaki memanglah kita kena buat nanti.

Katanya anaknya memang takut nak berkhatan, walaupun dah dipujuk berkali-kali. Untuk menyelesaikan masalah tu, rupa-rupanya sekarang ini dah ada prosedur untuk budak-budak yang takut berkhatan secara normal. Err bius sampai pengsan dan Doktor akan mengkhatankannya.. Baru Aku tau rupa-rupanya ada prosedur macam ni! Rasanya benda ni dah lama.. mungkin Aku kot yang baru tau.

Budak-budak lelaki sekarang dah tak de "thrill" lah.. nampaknya :) sedar-sedar dah hilang "anunya". Haa macam-macam lah sekarang nih!

4 ulasan:

  1. Yang datang dari tu mcm tau je sapa. Sapa plak yang khatankan anak tu?

    Ahahaha lebih dasyat lagi kalau bangun dari pengsan langsung anunya takde sebab doktor salah potong.

    Skang ni dah ada teknologi laser lagi... takde darah pun... bertuah bebudak zaman sekarang kan?

    BalasPadam
  2. Wahhhh.. yang laser pun dah ada!!! Nampak sangat Aku yang dah ketinggalan bas!

    BalasPadam
  3. ko kene dapat sorang anak lelaki lepas ni baru la up to date dengan teknologi khatan terkini.. hehehe

    BalasPadam
  4. Hehe.. Anak perempuan pun kena dikhatankan jugak :D

    BalasPadam