Dah sebelas hari berpuasa dan inilah kali pertama Aku sekeluarga ke bazar ramadhan. Selalunya kami berbuka di rumah, Azza memasak. Entah tiba-tiba hari ini teringin nak makan murtabak. " Haa nak makan murtabak ayam! "

Terus ke gerai menjual murtabak dan Azza terus membeli 3 keping murtabak. Dua daging dan satu ayam. Keluarga kami kecil :) 3 keping cukuplah untuk sekeluarga. Lagipun Aku memang tak berapa selesa berbuka dengan banyak juadah. Bukannya boleh habis semuanya pun kalau ada banyak makanan. Nanti sampai sahur pun masih berbaki lagi. Membazir!

Berpuasa sememangnya berkaitan dengan mengawal nafsu. Kita diibarat berperang menentang hawa nafsu. Rasanya ramai antara kita tewas semasa berbuka puasa bila membeli juadah macam dah tiada hari esok. Apa-apa pun, hari ini tercapailah hajat untuk makan murtabak ayam.
selamat berpuasa cikgu! nanti jemput la ke rumah.
BalasPadamraya mana tahun ni???
Aha.. Selamat berpuasa jugak! Tahun nih raya kat Kluang dulu.. pas tue baru balik Seremban. Insyallah ada rezeki singgah umah ko!
BalasPadamhai dah bosa anak abah sok sonang la uwan kat umah sobab semua cucu pompuan
BalasPadam