Menjadi warga "Celcom Blue" sejak beberapa bulan yang lepas. Sejak itu tak perlu mengingati tentang bila perlu untuk menambah nilai! Yang Aku tahu, Plan panggilan Aku akan tamat tempoh pada tahun 2011! Memang mudah bila ada plan yang membolehkan kita kekal aktif sehingga 2 tahun!
Celcom Blue
Kesimpulannya plan ini sesuai untuk golongan yang kurang membuat panggilan dan untuk golongan yang tidak suka menambah nilai kredit panggilan terlalu kerap (orang yang selalu lupa / buat-buat lupa / Ingat-ingat lupa). Selain daripada itu plan ini juga sesuai untuk dijadikan talian untuk sistem keselamatan/pengawasan premis dan kenderaan berasaskan teknologi GSM kerana kos operasinya yang murah!
Sementara itu, Azza pula telah Aku "migrate" kan dari plan Xpax Mid ke plan terbaharu Xpax pada minggu yang lepas. Oleh kerana Azza memang kerap membuat panggilan ke kampung, Aku merasakan yang plan terbaharu ini amat bersesuaian. Lagipun tak semua saudara-mara kita menggunakan talian Celcom! Maklumlah sekarang ini, walaupun nombor dihadapannya 019 tak semestinya Celcom, boleh jadi Maxis atau Digi!
Plan Xpax terbaharu pula lebih menarik dengan pengenalan panggilan "15 pax"! Semua nombor dari semua rangkaian boleh didaftarkan ke dalam "15pax" untuk menikmati kadar panggilan dan SMS yang lebih rendah. Jadi selesailah masalah berkaitan kenalan rapat atau saudara mara yang dahulunya menggunakan Celcom kemudiannya bertukar ke rangkaian lain!
Kesimpulannya plan Xpax terbaharu ini memang sesuai untuk pengguna yang kerap membuat panggilan dan menggunakan perkhidmatan SMS ke rangkaian yang berlainan.
Nota: Ini bukan promo Celcom. Aku tak dibayar sesen pun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan