BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

11 Disember 2008

Disember Yang Sentiasa Penuh Dengan Kejutan!

Kedatangan bulan Disember ini di sambut dengan berdebar-debar kerana banyak perkara penting berlaku pada bulan itu, terutamanya yang melibatkan kerja dan kerjaya.

Bursa Malaysia melancarkan “Trading Platform” yang terbaru pada 1 Disember 2008 setelah berpuluh kali melakukan ujian sistem dan terpaksa mengorbankan hujung minggu, akhirnya ianya selamat di lancarkan tanpa banyak masalah. Alhamdulillah. Sistem baru tersebut kini di kenali sebagai Bursa Trader menggantikan sistem lama, Broker Front End.

Pada 1 hb Disember juga, khas untuk warga Johor Bahru dan Malaysia amnya, KIK (CIQ) yang baru memulakan operasi secara rasmi. Tetapi buat masa ini laluan keluar dari Singapura di buka dahulu. Dengar ceritanya, 16hb Disember ini laluan masuk akan dibuka. Hmm nampaknya kawasan Stulang Laut akan jadi lebih sesak dengan kenderaan keluar masuk ke Singapura dan akan menjadikan perjalanan ke tempat kerja lambat sedikit.. err mungkin banyak, kerana terpaksa bersaing dengan kenderaan yang menuju Singapura.

Bulan Disember juga kita menyambut Hari Raya Haji. Sememangnya ramai yang mengambil kesempatan bercuti panjang dan membuat perjalanan jauh. Lagipun minyak dah turun. Alhamdulillah. Sentimen yang amat baik untuk masing-masing pulang ke kampung dan menyebabkan highway PLUS mengalami kesesakan yang agak teruk menuju ke selatan.. haha! Masa minyak mahal dulu, jalan tak sesak!

Sebelum Hari Raya Haji iaitu pada 6hb Disember, kita juga di kejutkan dengan berita mengenai tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Bila sebut Bukit Antarabangsa, otak Aku secara automatik teringkatkan seorang kawan yang tinggal di sana.. En Mon! Pagi itu bila tertengok berita di kaca TV mengenai kejadian itu, Aku terus menghubunginya. Alhamdulillah beliau dalam keadaan selamat cuma pada masa tersebut stuck lah kat situ sebab jalan untuk keluar dari situ telah pun tertimbus. Beliau ada menulis mengenainya di blog. Harap beliau bersabar dengan segala dugaan yang datang. Tentunya ada hikmah disebaliknya.

Hmm tengoklah dalam masa 8 hari di awal Disember macam-macam dah berlaku, sebab itu Aku tak dapat nak update blog (alasan yang paling baik, kalau cakap malas tentu tak best) Anyway setiap Disember penuh dengan kejutan! Masih ada 20 hari lagi di bulan Disember, sebelum kita menyambut tahun baru 2009!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan