Pagi-pagi lagi sudah berada di tempat "user" untuk menyelesaikan bebrapa isu yang tertunggak. Masalah konfigurasi berubah dan tidak ikut sepenuhnya setelah berpindah semula ke domain lama. Antara masalahnya ialah Outlook Express tidak dapat diakses dan file hilang semasa prosess "File and Settings Transfer".
Data dari file server telah berjaya di "syncronize" kembali. Nampaknya segala isu besar telah diselesaikan. Lepas Hari Raya Haji nanti Aku akan mulakan projek untuk "Clean Installation" Domain Server (Active Directory) yang telah "corrupt" sistem pengopersiannya itu.
Berkenaan dengan idea untuk mengimplentasi NAS atau SAN dalam perancangan LAN dan WAN telah pun dibincangkan dengan "Boss". Reaksinya amat positif! Sekarang ini sedang buat review beberapa produk berkaitan dengan NAS. Harap-harap ianya akan menjadi kenyataan.
25 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan