Kenapa hendak dipadam akaun tersebut? Mungkinkah Facebook tidak lagi seronok dan memberi faedah?
Banyak sebab mengapa seseorang itu tidak lagi merasa seronok apabila berada di halaman web rangkaian sosial. Walau apa pun alasannya, sebab paling utama ialah berkenaan "Privacy"!
Facebook secara tidak langsung akan mendedahkan sejarah hidup seseorang secara perlahan-lahan. Contohnya, melalui gambar-gambar lama yang di "upload" serta komen-komen yang tidak bertapis oleh diri sendiri atau pun rakan-rakan yang lain.
Selain daripada itu, berpunca dari kesilapan menambah dan meluluskan akaun juga memberi kesan yang besar terhadap perubahan tahap keseronokkan bersosial di Facebook. Katakanlah secara sengaja melulusakan permohonan boss anda untuk menjadi rakan di Facebook. Tentulah akan menjadi mustahil bagi pekerja untuk mengutuk bossnya di status :D
Walau apa pun sebabnya, pastinya Aku amat tertarik dengan satu "entry" berkenaan dengan Facebook yang Aku secara tidak sengaja terjumpa ketika melakukan "Blog Walking". Sila singgah sebentar ke blog nurul cakapcakap - http://nurulcakapcakap.blogspot.com/2010/01/not-so-cool-things.html Aku amat bersetuju dengannya 100%
Tiada ulasan:
Catat Ulasan