BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 Februari 2010

Berhenti Merokok - Part 1

Beberapa "entry" yang lepas Aku telah menumpukan kepada subjek yang berkaitan dengan merokok. Aku sebenarnya memang sengaja memilih subjek ini untuk diketengahkan kerana ia amat dekat dengan diri. Dari mula mengenal, kemudiannya terjebak dan kemudian beransur-ansur meninggalkan tabiat buruk ini. Semuanya harus Aku kongsikan untuk dijadikan iktibar.

4 Tahun Menjadi Perokok

Selama lebih kurang empat tahun Aku bergelumang di dalam dunia perokok. Aku mencuba hampir kesemua jenama yang berada di pasaran.  Daripada yang paling murah sehingga yang paling mahal.  Semuanya telah Aku cuba.  Keputusannya tetap sama.. "Apabila dibakar dan disedut, ia mengeluarkan asap".

Tiada Lagi Sebab Untuk Merokok

Selepas tamat semester kedua di Politeknik, beberapa rakan serumah yang tidak dapat meneruskan pangajian ke perigkat seterusnya kerana gagal dalam peperiksaan. Itulah harga yang terpaksa mereka bayar unuk sebuah kebebasan maksimum. Kumpulan kami tidak lagi seramai dulu. Bagi yang lulus peperiksaan Latihan Industri sedia menunggu di semester ketiga. Yang tidak lulus pula terpaksa mengulang semester. Kumpulan sudah mula berpecah. Kalau dahulu sebab utama Aku merokok, ialah untuk mudah diterima di dalam kumpulan dan bila kumpulan sudah mula berpecah, rasanya tiada sebab lagi Aku harus merokok!

Sebaik sahaja menamatkan Latihan Industri, Aku mencari rakan serumah yang baru. Rakan-rakan yang baru terdiri daripada berlainan kursus tetapi mereka masih lagi dibawah Jabatan Perdagangan. Mereka ini Aku kenal semasa di Politeknik, berbeza dengan rakan serumah asal yang kebanyakkannya Aku kenal semasa di sekolah lagi. Walaupun mempunyai rakan serumah yang baru, kebanyakkan daripada mereka merokok. Susah untuk mencari rakan serumah yang tidak merokok pada zaman itu!

Semangat Baharu

Memulakan semester keempat dengan semangat baharu. Ini adalah semester terakhir bagi pelajar Kursus Integrasi (Sijil). Jika keputusan peperiksaan cemerlang, kami dibolehkan untuk menyambung ke peringkat Diploma dan boleh juga memohon untuk masuk ke Universiti melalui pengambilan kelayakkan khas. Jika keputusan hanya suam-suam kuku dan cukup makan sahaja, bergembiralah dengan hanya menerima Sijil Politeknik! Di dalam diri,  Aku sudah menanamkan azam sekiranya Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, Aku akan berhenti merokok!

Aku berjaya menamatkan pengajian diperingkat sijil. Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK/CGPA) melepasi tahap minimum untuk memohon memasuki Universiti. Tetapi Aku memilih untuk bekerja terlebih dahulu sebelum menyambung pengajian. Aku ambil keputusan untuk terus tinggal di Kuantan dan berkerja. Malah masih tinggal di rumah sewa yang lama. Cuma kali ini hanya tinggal empat orang sahaja rakan serumah. Rakan-rakan yang lain telah mengambil haluan masing-masing setelah tamat pengajian.


Berhenti Merokok - Part 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan