BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

11 Februari 2010

Tips Berhenti Merokok

Aku mengambil masa hampir empat tahun untuk berhenti merokok. Jadi, Tips Berhenti Merokok ini didokumentasikan berdasarkan situasi sebenar.

Boleh dikatakan ini merupakan satu cerita kejayaan. Besar maknanya pada diri ini. Walaupuan pada sesetengah orang kejayaan ini tidak seberapa, Aku menganggapnya sama pentingnya dengan menerima segulung ijazah! 

Berdasarkan pengalaman lalu, untuk berhenti merokok seseorang itu perlukan:

  1. Sebab untuk berhenti
  2. Persekitaran baru
  3. Rakan-rakan yang baru
  4. Hobi baru
  5. Displin
  6. Doa 





    Sebab untuk berhenti

    Untuk berhenti merokok, seseorang perlukan sebab.  "Saya mahu berhenti merokok kerana....."  Itu ialah "Mission Statement" atau "Azam" kenapa perlu berhenti merokok. Dalam kes Aku, sebab utama ingin berhenti daripada merokok ialah kerana "Aku sudah mencapai matlamat.."  iaitu apabila ingin diterima didalam sesebuah kumpulan! Bila sudah diterima, tiada apa lagi yang hendak dibuktikan. Tiada lagi cabaran.. Jadi lebih baik berhenti!  Sepatutnya "point" yang pertama ini pun sudah cukup untuk seseorang itu untuk berhenti merokok!

    Persekitaran Baru

    Bila berpindah ke tempat baru, inilah masa yang sesuai untuk menghentikan atau menghapuskan kebiasaan dalam diri.  Kalau dahulu merokok, apabila di tempat baru boleh mencuba untuk mengurangkan atau memilih untuk tidak merokok langsung.  Dalam kes Aku, sebaik sahaja melangkah masuk ke Universiti, Aku telah tanamkan dalam diri "Azam" untuk mengurang serta seterusnya berhenti merokok secara berperingkat.

    Rakan-Rakan Baru

    Faktor merokok disebabkan pergaulan dan rakan-rakan memang tidak boleh disangkal lagi. Kaitannya memang amat kuat. Tetapi sebenarnya kita boleh membuat pilihan, samada untuk terus berkawan dengan mereka atau tidak. Kalau disebabkan mereka kita terpengaruh, harus ada sikap dalam diri yang akan sentiasa mempersoalkan kenapa harus menjadi begitu dan sebagainya untuk mewujudkan suasana "check and balance".  Tinggalkan rakan-rakan lama dan cari rakan-rakan baru! Bukan memutuskan persahabatan cuma kurangkan bercampur dengan mereka yang bermasalah dan bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat positif. 

    Hobi Baru

    Mula mencari hobi baru atau pun menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang boleh mengisi masa lapang.  Mungkin tidak semua perkara boleh menyebabakan seseorang itu dapat melupakan rokok tetapi untuk berubah seseorang itu perlu membuka fikiran seluas mungkin dan bersedia menerima perubahan.  Semasa di Universiti, Aku dapati kejuruteraan komputer amat mengasyikkan sehingga menyebabkan Aku berjaya melupakan rokok.


    Displin

    Mulalah berdisplin! Jangan langgar apa-apa perjanjian dan syarat yang dibuat dengan diri sendiri untuk mencapai matlamat. Displin mestilah kuat, barulah misi boleh dicapai. Tanpa displin kita akan tewas dengan diri sendiri.

    Doa

    Sentiasa berdoa kepada Illahi supaya dikuatkan iman dan menghindarkan perkara-perkara buruk daripada meresap ke dalam diri.

    Semoga dengan adanya tips ini, dapat memudahkan sesiapa yang mempunyai niat untuk berhenti merokok. Sebenarnya tidaklah sesusah mana. Kalau kita boleh berhenti merokok di siang hari ketika di bulan puasa, maka tiada sebab kenapa kita tidak boleh berhenti merokok untuk keseluruhan hari! Pokok pangkalnya ialah diri sendiri, sejauh manakan kuatnya azam dan kesungguhan serta displin dalam diri. Insyallah.

    4 ulasan:

    1. bravo anif.and thanks for being my blog follower. =)

      BalasPadam
    2. A true blogger always supports other blogger :D

      BalasPadam
    3. norisah ahmad shaffieMac 19, 2010

      patut quit awal2 my late father past away due to lung cancer....memang bahaya guys.....

      BalasPadam
    4. Bagi yang sudah mempunyai tabiat tersebut kena cepat-cepatlah membuangnya.  Bagi yang belum jangan cuba-cuba!

      BalasPadam