BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

04 April 2010

Budak Lelaki Tidak Bawa Beg Seperti Itu.. Ok!

Bila terlihat iklan Petronas di YouTube, tiba-tiba mata ini tertumpu pada beg sekolah yang dibawa oleh budak perempuan itu! Aku ada beg sepertinya.. memang serupa. Beg itu menjadi punca untuk Aku tidak mahu ke sekolah! Budak lelaki tidak membawa beg seperti  itu. Mereka membawa beg sandang belakang.



Aku Seorang Sahaja Yang Guna

Nampaknya Aku sahaja yang membawa beg seperti itu ke sekolah untuk sepanjang penggal pertama persekolahan. Aku memang benci beg itu. Aku sentiasa menyatakan ketidakpuasan hati kepada emak dan meminta supaya dibelikan beg sandang belakang!

Beg Jatuh Sungai 

Hendak dijadikan cerita, pada satu hari ketika pulang dari sekolah dengan perasaan gembira beg yang dipegang itu terjatuh ke dalam sungai ketika Aku melintasinya.  Beg itu terus hanyut dan kemudiannya tersangkut di tepi tebing berpasir. Aku terus berlari balik ke rumah dan menceritakan kejadian tersebut kepada emak. Kebetulan ketika itu, seorang jiran ternampak kejadian itu dan segera turun ke sungai untuk mengambil beg tersebut dan menghantarnya ke rumah.



Buku Tak Basah!

Perkara yang menarik tentang beg tersebut ialah, walaupun telah jatuh ke sungai ia terapung dan yang paling penting ialah isi kandungannya hanya sedikit basah!

Sejak itu Aku tidak ungkit lagi tentang hendak menukar beg, walaupun akhirnya emak dan abah membelikan beg sandang belakang bila masuk penggal kedua persekolahan.

Emak sentiasa tahu apa yang terbaik untuk anaknya.. Cuma anak tidak perasan. Aku rindukan emak, Al-Fatihah buatnya.


10 ulasan:

  1. Al-FAtihah!

    BalasPadam
  2. mak memang yg terbaik! dan terbijak!

    BalasPadam
  3. Sekarang sudah mula faham segala tindakkan arwah emak setelah berkahwin dan menjadi bapa kepada dua orang anak.

    BalasPadam
  4. alfa julietApril 04, 2010

    sy pakai beg sandang belakang...sbb beg kena pegang tu mcm berat sikit lah..hehehhee....pengajaran nya: pilihan mak adalah yg terbaik

    BalasPadam
  5. Mungkin emak tidak belikan beg sandang belakang sebab fizikal saya dahulu memang agak kecil berbanding rakan sebaya :D MUngkin juga beliau tahu saya ini suka main-main bila berjalan.  Akhirnya saya faham juga logik disebalik pilihannya itu!

    BalasPadam
  6. aku pun ada beg macam tu time kecik2 dulu, pakai bwk g kelas fardhu ain. memang klasik gila sebab mak aku penah pakai beg tu time kecik. tapi skang ntah ke mana dah..

    BalasPadam
  7. Memang klasik, tapi Aku tak suka sangat pakai beg tu sebab kat sekolah Aku jer yang pakai beg macam tu..hehe

    BalasPadam
  8. 1/64 diecast hunterApril 05, 2010

    aku pun pernah pakai beg macam tu.. nak demand, duit tak de..

    BalasPadam
  9. Laa.. kita serupalah nampaknya :D

    BalasPadam