Perjalanan ke tempat kerja hari ini seperti hari-hari sebelumnya. Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Memang ada sedikit kesesakan, walau bagaimanapun Aku tetap sampai awal di tempat kerja. Alhamdulillah.
Lampu Tidak Menyala!
Sebaik sahaja Aku ingin meletakkan motorsikal, baru terpersan yang lampu motorsikal ini tidak menyala. Aku ingatkan hanya lampu hadapan sahaja. Bila diperiksa, Aku dapati lampu hadapan, lampu belakang dan lampu brek semuanya tidak berfungsi.
Kedudukan Kotak Fius Modenas Jaguh 175 |
Bahaya Menunggang Tanpa Lampu!
Risau juga bila semua lampu tidak menyala terutamanya lampu brek. Bahaya menunggang tanpa lampu isyarat atau brek yang tidak berfungsi.
Jadi Aku mengambil cuti setengah hari pada sebelah petang untuk menghantar motorsikal ini ke bengkel untuk diperiksa dan melakukan servis, maklumlah batuan perjalanan pun sudah menjangkau 3000km. Memang sudah sampai masa untuk diservis.
Kotak Fius Modenas Jaguh 175 |
Sengaja Mengelak Untuk Menguji Kotak Fius
Setibanya di bengkel, Aku terus meminta mekanik untuk memeriksa. Malangnya, mekanik yang Aku kenali tiada di bengkel.. mungkin beliau bercuti. Kali ini motorsikal ini diperiksa oleh tuan punya bengkel dan mekanik yang lain.
Mereka melakukan beberapa ujian tetapi dari pemerhatian Aku dapati mereka ini cuba mengelak daripada menguji antara komponen utama iaitu "Fuse Box"! Tetapi yang peliknya mereka terus membuat kesimpulan mengatakan bahawa "Coil" motorsikal ini sudah rosak!
Bahagian Dalam Kotak Fius Modenas Jaguh 175 |
Coil Rosak? Biar Betul!
Bila mereka mengatakan "Coil", Aku berasa tidak sedap hati. Maklumlah, kalau ingin mengantikan "Coil" paling kurang pun terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya RM250! Aku mengambil keputusan menyuruh mereka memasang semula komponen yang telah ditanggalkan untuk diuji dan mengatakan yang Aku tidak jadi hendak meneruskan kerja pembaikan sehingga Aku mendapat "Second Opinion".
Bukannya apa hanya untuk kepastian. Lagipun Aku sudah hilang "mood" untuk membuat servis enjin motorsikal di bengkel tersebut!
Akhirnya Saya Memeriksanya Sendiri!
Setibanya di rumah Aku segera membuka "Kotak Fius" dan Aku dapati ada kesan terbakar. Ada 2 buah "Fius" di dalamnya dan salah satu daripada "Fius" telah putus. Aku segera ke bengkel yang lain untuk membeli "Fius". Harganya cuma RM0.25 seunit! Bila sudah diganti, sistem lampu hadapan dan belakang serta lampu brek telah berfungsi semula.
Fius - Cuma RM0.25sen Sahaja! |
Banyangkan jika diperdaya untuk menukar "Coil" sudah tentulah rugi besar! Walaupun selalu ke bengkel berkenaan, mereka yang tamak ini sentiasa menanti peluang untuk untung dengan cara mudah!
Jika Bermotorsikal Perlu Tahu D.I.Y Serba Sedikit
Mujur juga, tahu sedikit tentang motorsikal ini dan sedikit teknik D.I.Y. Itupun sebab sudah lama menggunakanya. Susah kalau tidak tahu apa-apa langsung tentang kenderaan. Sekurang-kurangnya kena ada sedikit ilmu asas agar tidak mudah ditipu.
D.I.Y. Penyelamat keadaan..
good job bro..mmg kedai pomen cina takleh percaya..asal ada peluang
BalasPadamBiasalah tu. Kalau kita tiada pengetahuan, peluang untuk ditipu tu memang tinggi.
PadamTerbaik info tuan
BalasPadam