BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

06 Ogos 2010

Malu Mengaku Peminat..

Biasanya kalau meminati seseorang (Penyanyi) kita mesti sekurang-kurangnya memiliki album artis tersebut. Mengikuti perkembangan terbaharu mengenai perjalanan karya seni mereka atau menjadi ahli kelab peminat dan menyertai pelbagai program yang dianjurkan.


Kadang-kadang pelik juga melihat orang yang meminati penyanyi tertentu tetapi tidak menyokong mereka. Maksud menyokong ini ialah membeli album artis tersebut. Kalau sudah tidak memiliki album bagaimana nak dikatakan sebagai peminat?


Hendak membeli albumya yang tulen pun tidak berminat, kemudian men"download" lagu-lagu mereka pula secara haram dari internet. Jangalah nak mengaku sebagai peminat setia. Malulah!

P/s - Cerita ini boleh juga terpakai untuk peminat kelab bolasepak yang fanatik tetapi membeli jersi ciplak!



Baca Anif.. Version 2.0 melalui email. Sila masukkan email anda untuk langganan:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan