BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

22 Ogos 2010

Singgah Bazar Ramadan

Setelah 11 hari berpuasa, ini adalah kali pertama Aku berpeluang ke Bazar Ramadan. Selalunya memang tidak berkesempatan kerana kebiasaanya pulang agak lewat dari tempat kerja. Sejak mula berpuasa hanya Azza dan anak-anak sahaja yang pergi ke bazar ramadhan.

Akhirnya semalam Aku ke bazar ramadan menemankan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa. Lagipun ini adalah aktiviti wajib bagi Nurin Iman sejak dia mula berpuasa penuh!


Mula-mula kami ke gerai menjual cucuk-cucuk!  Nurin Iman dan Nurin Amani memanggilnya cucuk-cucuk kerana makanan tersebut di cucuk menggunakan lidi sate. Ini makanan wajib bagi kakak dan adik.


Kemudian kami ke gerai menjual kuih tepung pelita atau ada sestengah orang memanggilnya kuih tako. Tak kisahlah apa pun namanya, ini kuih wajib untuk Nurin Iman. Ia dijual dalam kuantiti 5 dan berharga RM2. Rasanya Nurin Iman masih belum ketinggalan dari membeli kuih ini sejak dari awal ramdan lagi.




Akhirnya kami ke gerai menjual murtabak. Oleh kerana ini kali pertama Aku ke bazar ramadan, tiba-tiba Aku di sapa oleh penebar murtabak digerai itu. Eh! kenalan rupanya yang berniaga! Baguslah, memang bazar ramadan sentiasa memberi peluang untuk mencari rezeki tambahan. Alhamdulillah.

Sebenarnya kami ke bazar ramadan kerana melayan Nurin Iman untuk mendaptkan juadah berbuka puasa yang diingininya sebagai ganjaran untuknya kerana berpuasa penuh. Aku pula lebih suka berbuka dengan makanan berat seperti nasi!







Baca Anif.. Version 2.0 melalui email. Sila masukkan email anda untuk langganan:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan