Sebaik sahaja ingin memulakan perjalanan ke tempat kerja, baru terperasan yang tayar hadapan Jaguh telah kempis. Patutlah semalam rasa lain macam sahaja. Semacam ada yang tidak kena. Pada mulanya menyangka keadaan jalan yang licin adalah puncanya. Maklumlah ketika pulang dari kerja semalam dalam keadaan hujan. Cuaca di Johor Baru memang begini sekarang. Hujan di sebelah petang.
Hari ini terjawab sudah persoalan. Rupa-rupanya tayar Jaguh pancit! Terpaksalah mengambil cuti kecemasan disebelah pagi untuk menyelesaikan perkara ini. Bengkel motorsikal berhampiran kediaman dibuka sekitar jam 10:00 pagi.
Sudah terlanjur ke bengkel adalah lebih baik digunakan masa tersebut untuk melakukan servis. Kalau diikutkan jadual, sepatutnya minggu hadapan. Terawal servis tidak mengapa, kalau terlewat atau melengahkan itu lebih memudaratkan.
Oleh kerana sejak kebelakangan ini hujan disebelah petang, adalah tidak mengujakan untuk membasuh dan mengilatkannya. Mungkin sebab sudah lama tidak diberi perhatian, hari ini dia merajuk. Insyallah petang nanti apabila pulang dari kerja dia akan dicuci sebersih-bersihnya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan