Mendapat Tips Membeli Kenderaan Terpakai yang unik ini daripada seorang Pakcik semasa berada dibengkel kereta. Sementara menunggu kereta dibaiki, katanya..
"Jika hendak membeli kereta terpakai yang sudah agak berusia, perlu memastikan kereta tersebut mempunyai sistem audio yang bagus."
Kemudian beliau menyambung lagi,
"Maklumlah kereta lama tentu ada bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan.. Jika sistem audionya bagus, tentu akan menenggelamkan bunyi-bunyi tersebut."
Nampaknya Pakcik ini memang ada "Sense of Humor" yang agak tinggi tetapi apa yang dikatakannya ada juga benarnya. Memang boleh dijadikan tips membeli kenderaan terpakai tetapi harus menurut keadah "reverse psychology"!
Tips Membeli Kenderaan Terpakai
Secara tersiratnya, sebenarnya apa yang boleh dijadikan panduan ialah jika sesebuah kereta itu mempunyai sistem audio yang bagus, berhati-hatilah. Mungkin sistem audio yang bagus itu tujuannya untuk menyembunyikan sesuatu atau mengalih tumpuan pembeli.
Jadi semasa memilih kenderaan terpakai jangan terpedaya dengan sistem audio yang bagus atau aksesori tambahan yang menarik.
Sebaliknya tumpukan sepenuh perhatian kepada kenderaan yang hendak dibeli. Periksa dengan teliti:
- Enjin
- Chasis
- Kestabilan kenderaan - (Lakukan Pandu Uji)
- Transmisi - (Lakukan Pandu Uji)
- Dokumen-dokumen berkaitan.
Sistem audio yang bagus atau aksesori tambahan yang menarik boleh dianggap sebagai BONUS jika kesemua perkara penting telah diperiksa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan