BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

23 Jun 2011

Public Ittikal - Fund Not Open For Investment!

Apabila Public Mutual mengumumkan pemberian dividen sebanyak 8 sen seunit bagi Dana Public Ittikal pada 31 Mei 2011 yang lepas, memang ramai pelabur yang seronok. 

Maklumlah apabila pelaburan membuahkan hasil tentunya keinginan untuk menambah lagi pelaburan menjadi lebih berkobar-kobar. 

Namun begitu harapan untuk menambah lagi pelaburan tidak kesampaian apabila pada 17 Jun 2011 pihak Public Mutual mengumumkan bahawa sebanyak 8 buah dana yang tidak dapat menerima pelaburan baru.  

Dana-dana yang terlibat adalah Public Islamic Bond, Public Islamic Opportunities, Public Islamic Sector Select, Public Bond, Public Smallcap, Public Global Balanced dan Public Ittikal.


Berkemungkinan besar dana-dana tersebut telah pun habis dilanggan sepenuhnya.  

Jadi sebagai pelabur terpakasalah memilih untuk membuat pelaburan ke dana-dana yang lain ataupun menunggu sehingga terdapat unit-unit yang baharu yang bakal diterbitkan untuk dana-dana tersebut.













Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

2 ulasan:

  1. Tu la.. Tapi kalau dapat sikit tak best juga.

    Kurang-kurang kena ada 10k unit bro :D..

    BalasPadam