Alhamdulillah, hari pertama dibulan Ramadan telah berjaya ditempohi dengan jayanya. Memandangkan 1 Ramadan di Johor adalah cuti umum, perjalanan untuk ke tempat kerja dan balik hari ini adalah amat lancar tanpa banyak kenderaan di jalan raya.
Disepanjang bulan Ramadan ini, pihak pengurusan syarikat telah membenarkan pekerja yang beragama Islam pulang awal setengah jam daripada biasa. Jadi terpulanglah pada setiap jabatan untuk berkompromi dalam mengilirkan siapa yang boleh balik awal setiap hari.
Buat Nurin Iman, ini tahun keduanya berpuasa. Memang puasa kali ini tentunya lebih mencabar disebabkan dia sudah bersekolah. Memandangkan dia sudah mula berpuasa sejak tahun lepas, untuk puasa kali ini dia sudah boleh dikira berpengalaman dan tidak banyak kerenah.
Cuma apabila dia melihat waktu berbuka yang disiarkan di kaca TV, dia asyik bertanya kenapa waktu berbuka bagi negeri Sabah lebih awal daripada negeri Johor!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan