Hujung minggu yang agak sibuk bagi kebanyakkan orang dengan aktiviti rumah terbuka. Mujur hari ini cuma ada 1 undangan ke rumah terbuka yang harus dihadiri. Jadi tidaklah berkejar-kejaran ke sana sini.
Lagipun undangan itu berdekatan dengan kediaman kami dan sebelum ke sana, sempat juga sebelum itu pergi ke bengkel untuk memperbetulkan brek belakang Jaguh.
Segala-galanya tentang motorsikal perlu dipastikan sempurna. Maklumlah esok akan mula menunggang semula ke tempat kerja setelah hampir 2 minggu tidak berbuat demikian.
Modenas Jaguh 175 - Running In - Melonggarkan Sendi-sendi Enjin |
Enjin motorsikal yang baru di "overhaul" itu perlu dilakukan "Running In" sebelum boleh menunggang secara normal. Maksudnya penunggangan perlu dilakukan dengan perlahan untuk membiasakan serta melonggarkan sendi-sendi didalam enjin tersebut sebelum boleh mengerah enjin tersebut pada kadar biasa.
Mekanik menasihatkan supaya menunggang dibawah 80km/h untuk sepanjang tempoh "Running In".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan