BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

13 November 2011

Bonuslink Menawarkan Kereta Besi Untuk Ditebus

Sudah lama tidak memeriksa jumlah mata penebusan dari portal Bonuslink. Bila sudah teringat terus meluangkan masa sebentar untuk memeriksanya dan tiba-tiba terpandang sesuatu yang menarik untuk ditebus. 

Memang jarang sungguh Bonuslink meletakkan barangan sebegini untuk ditebus.  Kali ini set model kereta diecast daripada Tomica telah ditawarkan untuk ditebus.



Ada 4 model yang ditawarkan untuk ditebus dan model-model tersebut adalah Suzuki Alto, Honda Freed, Suzuki Swift dan Mini Cooper

Buat peminat dan pengumpul model diecast, jangan lepaskan peluang untuk menebusnya. Hanya 1100 mata ganjaran Bonuslink diperlukan untuk menebusnya bagi semenanjung dan 1500 bagi Sabah dan Sarawak.

Mengumpul dan bermain model kenderaan adalah antara permainan kanak-kanak lelaki yang wajib ada dalam senarai. Dahulu Saya menggelarnya "kereta besi". Bermain-main dengan kawan-kawan serta menukar suka sama suka model kereta antara kawan-kawan adalah aktiviti lazim. 


Untuk menambah lagi pengetahuan tentang model dan spesifikasi kereta, kad-kad "Top Trumph" dan "Super Trumph" menjadi rujukan.  

Sering kali juga terjadi konfik antara rakan-rakan kerana melakukan pertukaran model kereta walaupun pada masa urusan dilakukan kedua-dua pihak telah pun bersetuju. 

Selalunya konflik berlaku akibat campur tangan ahli keluarga lain yang lebih tua serta prestij sesuatu model. 

Tentu tidak adil menukar model kereta Ferrari 308 GTB dengan Mazda RX-7 bukan? Apa pun semua itu membuatkan perkara sebegini menjadi lebih seronok dan mencabar!

Sehingga kini, Saya masih lagi meneruskan aktiviti ini. Boleh juga dikatakan sebagai hobi walaupun jumlah koleksi tidaklah sebanyak mana. Cukuplah sekadar untuk mengenang  keseronokkan lalu. 








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan