Kali terakhir Saya menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan jauh ialah kira-kira 3 tahun yang lepas.
Tahun ini Saya berpeluang sekali lagi menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan dari Seremban ke Johor Bahru dan seminggu kemudian membuat perjalanan dari Johor Bahru ke Seremban. Masih lagi menggunakan perkhidmatan daripada syarikat yang sama walaupun ada insiden kecil yang kurang menyenangkan pada kali terakhir menggunakan perkhidmatan tersebut.
Alhamdulillah kali ini untuk kedua-dua perjalanan pergi dan balik, semuanya berjalan dengan lancar sedari awal
urusan pembelian tiket sehinggalah menaiki bas dan seterusnya selamat
tiba ke destinasi.
Semasa membuat pembelian tiket dikaunter, agak terkejut juga pada mulanya apabila diberitahu tentang harga tiket untuk perjalanan dari Seremban ke Johor Bahru. Namun bila difikirkan semula, sejak 2008 harga minyak sudah beberapa kali disemak dan mengalami kenaikan. Saya sebenarnya seolah-olah terlupa akan kesan inflasi terhadap harga. Dalam masa 3 tahun tambang yang dahulunya hanya RM19.80 sudah meningkat kepada RM25.80.
Kadang-kadang apa yang diperlukan oleh pelanggan bukanlah layanan kelas pertama tetapi kelancaran urusan tanpa hal yang remeh temeh. Tahniah pada yang mereka yang menjalankan kerja dengan baik, mengikut jadual dan memandu dengan berhemah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan