BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

08 Mei 2012

CEO Yahoo Tertangkap Menipu Resume!

Malang bagi Yahoo Inc. Sudahlah perniagaan terasnya semakin dihakis pesaing. Isu baru pula timbul apabila CEO nya Scott Thompson telah ditangkap kerana menipu resume!

[Link]

Yang menariknya, Scott Thompson sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Presiden di PayPal dengan rekod yang sangat cemerlang. Apa pun, pihak PayPal juga terlepas pandang isu ini sehinggalah beliau menyerai Yahoo Inc.

[Link]

Isunya tidaklah sebesar mana pun. Beliau menyatakan bahawa beliau memiliki sarjana muda didalam bidang sains komputer sedangkan kursus tersebut hanya ditawarkan di kolej itu setelah 4 tahun beliau tamat belajar!  

Kelulusan sebenar yang beliau miliki daripada kolej berkenaan adalah sarjana muda perakaunan. Namun begitu isu ini dianggap serius oleh salah satu pemegang saham terbesar di dalam Yahoo Inc iaitu Third Point LLC dan mahukan beliau segera dipecat!

Isu penipuan seperti ini sememangnya membunuh reputasi! Sebenarnya ada baiknya jika beliau menyatakan hal yang sebenar kerana banyak firma-firma besar dalam bidang teknologi maklumat sekarang ini diasaskan dan dibangunkan oleh mereka-mereka yang tidak habis belajar pun! Tiada apa yang hendak dimalukan.







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan