Teringat ketika Nurin Iman baru bersekolah tadika. Setiap kali Nurin Iman membuat latihan
matematik, selalunya dia akan cuba meminta jawapannya terlebih dahulu.
Sememangnya saya tidak bersetuju dengan caranya. Biasanya saya akan katakan padanya: "Kira betul-betul tentu dapat jawapannya.." Tetapi Azza pula ada pendekatan tersendiri. Dia akan beri apa sahaja jawapan... yang pastinya jawapannya itu adalah jawapan yang salah!
Azza : 11
Nurin Iman : (Mula mengira)
Nurin Iman : Kakak dah kira tadi jawapannya 10.. bukan 11! (Tentunya dengan mimik muka tidak puas hati!)
Azza : (Senyum) :D
Memang kanak-kanak sentiasa tidak berpuas hati dengan jawapan yang "kita" berikan. Namun tidak semua perkara kita boleh berikan jawapan yang salah...
Mungkin
untuk latihan matematik boleh dicuba dan digunakan pendekatan ini. Perkara-perkara
lain yang berkaitan dengan fakta dan kepercayaan.. jangan sekali-kali
dicuba! Merbahaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan