Ramadan datang lagi. Besar harapan saya agar Ramadan dapat disambut dalan keadaan yang tenang serta kekal aman di negara ini.
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, saya dengan rendah diri dan konsisten menyarankan pada yang masih merokok supaya mengambil kesempatan sempena Ramadan untuk memulakan misi berhenti merokok [Link].
Bagi yang mempunyai anak kecil yang mahu belajar berpuasa, boleh rujuk pautan ini [Link] untuk sedikit tips yang sangat berkesan yang telah lama saya sekeluarga amalkan.
Dikesempatan ini, saya juga ingin memohon ampun
dan maaf sekiranya selama berblog ada menyinggung perasaan
mana-mana pihak secara sengaja atau tidak.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini. Selamat menyambut Ramadan, selamat berpuasa buat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan