BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

02 Januari 2014

Kadar Simpanan Asas KWSP 2014

Beberapa hari sebelum kedatangan tahun 2014, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan semakan semula terhadap kadar Simpanan Asas pencarumnya.

Kadar baharu ini akan berkuatkuasa pada Januari 2014. Kuantum baharu ini menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun.



Kadar baharu ini ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun. Ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup. Berikut adalah jadual baharu kadar Simpanan Asas KWSP berkuatkuasa Januari 2014.
 

SIMPANAN ASAS KWSP (BERKUATKUASA JANUARI 2014)


Umur Simpanan Asas (RM) Umur Simpanan Asas (RM) Umur Simpanan Asas (RM)
18 1,000 31 30,000 44 95,000
19 2,000 32 34,000 45 102,000
20 4,000 33 37,000 46 109,000
21 5,000 34 41,000 47 117,000
22 7,000 35 46,000 48 125,000
23 9,000 36 50,000 49 134,000
24 11,000 37 54,000 50 143,000
25 13,000 38 59,000 51 153,000
26 15,000 39 64,000 52 163,000
27 18,000 40 69,000 53 174,000
28 21,000 41 76,000 54 185,000
29 24,000 42 81,000 55 196,800
30 27,000 43 88,000


Untuk rekod, kadar Simpanan Asas semasa sebelum ini ialah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun). Selain itu, statistik KWSP menunjukkan sebanyak 71 peratus ahli bersara pada umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.

Diharap dengan peningkatan serta penetapan kadar Simpanan Asas yang baharu ini dapat memberikan kesejahteraan terhadap pencarum untuk menghadapi hari persaraan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan