Berita baik bagi pihak yang sedang mencari kenderaan baharu pada harga yang agak berpatutan. Pihak Perodua telah mengumumkan secara rasminya bahawa model terbaharu keluaran mereka Perodua Axia sudah boleh ditempah. Kenderaan terbaharu ini sedia ditempah dengan harga tempahan serendah RM250.
4 Varian Perodua Axia
Untuk permulaan, Pihak Perodua menawarkan 4 varian Perodua Axia. Varian tersebut adalah Standard E, Standard G, SE (Special Edition) dan AV (Advance). Varian yang paling murah adalah Standard E yang dijual dengan harga RM24,900.
Harga
Berikut adalah harga lengkap untuk semua varian:
sumber : paultan.org |
Energy Efficient Vehicle
Axia diperkenalkan oleh pihak Perodua sebagai kenderaan yang cekap dan menjimatkan bahan api. Bagi segmen kenderaan keluaran tempatan, ini adalah kenderaan pertama yang menawarkan teknologi ini. Selain daripada itu, kenderaan ini juga diberikan jaminan selama 5 tahun daripada pengeluarnya.
Jimat Atau Laju?
Berdasarkan keadaan semasa, pengenalan kenderaan yang cekap dan menjimatkan bahan api tentunya akan diberi perhatian serius oleh pengguna.
Perodua Axia - Pandangan Hadapan |
Lebih-lebih lagi jika ianya ditawarkan pada harga permulaan dan pakej yang menarik. Yang pastinya kita tidak akan dapat kenderaan yang jimat dan laju pada harga yang murah!
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk menukar kenderaan kepada yang lebih cekap dalam penggunaan bahan api (jimat) dan bukannya kenderaan yang lebih laju!
Maklumlah, disaat kos kehidupan semakin meningkat, faktor yang boleh menjurus kearah kecekapan dan penjimatan perlukah diberi perhatian serius!
Perodua Axia - Pandangan Belakang |
Maklumlah, disaat kos kehidupan semakin meningkat, faktor yang boleh menjurus kearah kecekapan dan penjimatan perlukah diberi perhatian serius!
cahayacinta..
BalasPadamamboi saya suka juga lebih padan penjimatan dah bualn nak bayar lagikan heee..
Jimat minyak itu elemen penting dalam buat keputusan beli kereta :)
PadamBerikut ialah Perodua Aruz Review !
BalasPadam