BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 Ogos 2014

Robin Williams - Ceria Bukan Bererti Bahagia

Saya membesar dengan menonton filem-filem lakonan Robin Williams. Banyak filem-filem lakonannya yang memberikan inspirasi. Benar, setiap kali menonton filem beliau saya dapat merasakan bahawa untuk menjadi bahagia hidup perlu sentiasa penuh dengan keceriaan. 


Robin Williams - Patch Adams
Kredit - movieposter.com

Berdasarkan watak-watak yang dilakonkan serta personaliti beliau yang secara semulajadinya seorang periang dan kelakar, memang tiada siapa menyangka beliau mempunyai masalah dalaman yang sangat serius.

Terkejut apabila mendapat berita tentang kematiannya yang sangat tragis. Kematiannya menyebabkan saya merombak semula definisi bahagia..

Yang pastinya, "Ceria Bukan Bererti Bahagia!"

2 ulasan:

  1. Adakala, orang yang tersenyum dan gembira tidak semestinya bahagia. Mereka cuma ingin menyorakkan masalah dengan mempamerkan raut wajah yang ceria kepada orang lain.

    BalasPadam