Tentunya inilah berita yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun oleh golongan pekerja terutama bagi yang berada di sektor swasta. Berita yang ditunggu-tunggu itu adalah berita mengenai pengumuman dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dividen 6.75 Peratus Terhadap Caruman KWSP 2014! |
Alhamdulillah kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mampu mengekalkan trend peningkatan dalam pembayaran dividen sejak tahun 2008. Kadar 6.75 peratus itu adalah peningkatan sebanyak 0.4 peratus berbanding dividen untuk caruman tahun 2013.
Diharap prestasi dan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kekal kompetetif untuk tahun-tahun yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan