Sudah lama perminat Modenas menunggu model-model terbaharu keluaran Modenas. Lebih dinantikan tentunya model "Sportbike" yang secara tradisinya bukanlah kekuatan bagi Modenas.
Penantian tersebut telah berakhir. Modenas secara rasminya telah memperkenalkan Modenas Pulsar RS200 untuk pasaran Malaysia.
Modenas Pulsar RS200 |
Rekabentuk Moden
Model yang disalin terus daripada model Bajaj Pulsar RS200 ini menampilkan gaya serta rekabentuk moden yang menarik.
Modenas Pulsar RS200 |
Dilengkapi ABS
Selain itu, motosikal ini juga dilengkapi dengan sistem ABS (Anti-lock Braking System) untuk sistem brek hadapannya.
Modenas Pulsar RS200 |
Sistem Triple Spark
Agak menarik apabila motosikal ini menggunakan Sistem Triple Spark. Ini bermaksud bahawa motosikal ini menggunakan 3 palam pencucuh. Kelebihan bagi enjin yang menggunakan sistem ini ialah ia dapat mengoptimumkan pembakaran, menjimatkan bahan api dan seterusnya diterjemahkan kepada kuasa optimum pada peringkat "Top-End".
Manakala keburukannya menggunakan sistem ini ialah, pengguna terpaksa mengeluarkan kos yang lebih ketika melakukan servis!
Modenas Pulsar RS200 |
Tangki Minyak 13 Liter
Motorsikal ini dilengkapi dengan kapasiti tangki minyak yang agak besar berbanding pesaing terdekatnya KTM RC200. Secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan harian.
Berikut adalah spesifikasi bagi Modenas Pulsar RS200:
Enjin | Silinder Tunggal, Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC (Triple-spark) |
Isipadu | 199.5cc |
Gerek x lejang | 72 mm x 49 mm |
Transmisi | 6-kelajuan |
Kuasa | 18kW (24.5bhp) @9750rpm |
Fuel System | Suntikan Bahan Api |
Suspensi Hadapan | Teleskopic dengan Bush Anti Geseran |
Suspensi Belakang | Monoshock dengan Tabung Nitrox |
Brek Hadapan | Cakera Tunggal 300mm dengan ABS |
Brek Belakang | Cakera Tunggal 230mm |
Tayar Hadapan | 100/80-17 (52P) |
Tayar Belakang | 130/70-17 (62P) |
Saiz tangki | 13 liter |
Minyak Enjin | Tiada Maklumat |
Berat | 155 kg* |
Harga | RM11,342* |
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos. |
Rujukan: Modenas / Bajaj Auto
dia punya design memang garang..siap abs tu yg penting
BalasPadamBetul. ABS tu yang penting.
Padam