BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 Ogos 2008

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Zhuhai & Macau #2

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan - Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Zhuhai & Macau #2

Hari Kedua


Hari ini kami dibenarkan untuk meng“explore” Bandar Zhuhai! Rancangan kami ialah untuk mencari tempat membeli-belah. Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan Group 1, mereka mencadangkan supaya kami ke kawasan Gobei Port, Zhuhai Port Plaza, Lianhua Road dan Lotus Road. 

Dalam pukul 9:10 pagi kami telah keluar dari hotel untuk menuju ke Zhuhai Port Plaza, tempat membeli belah yang terkenal. Sebaik tiba di sana memang rambang mata melihat kedai dan barang-barang yang di jual di sana. Seperti biasa Aku tak terburu-buru untuk membuat pembelian. Aku lebih suka memerhati dan melihat-lihat apa yang menarik di situ!





Sangkaan awal ternyata meleset, Aku ingatkan di Zhuhai banyak terdapat kedai-kedai yang menjual gadget elektronik, rupa-rupanya tidak. Hanya terdapat sedikit sahaja kedai-kedai yang menjual alatan elektronik. Walaupun begitu gadget popular ialah “PDA with built in TV” dan thumb drive berkapasiti tak masuk akal. Kalau normal thumb drive yang biasa berkapasiti 1GB hingga 8GB, di Zhuhai thumb drive berkapasiti 24GB hingga 240GB boleh di dapati. 

Aku hampir membeli thumb drive yang berkapasiti 32GB. Harganya murah cuma dalam lingkungan 60 yuan iaitu dalam RM30. Tetapi menurut seorang penjual yang Aku rasa amat jujur, beliau memberitahu bahawa thumb drive yang berkapasiti melebihi 32GB itu sebenarnya hanya berkapasiti 2GB asalnya. Aku rasa mungkin mereka telah melakukan “tweak” pada software atau info thumb drive tersebut! Oleh yang demikian Aku membatalkan hasrat untuk membeli thumb drive tersebut. 

Zhuhai sememangnya syurga membeli belah! Imitation product Gred A mudah di dapati dengan harga yang amat berpatutan dan yang pastinya lebih murah 60% daripada di Malaysia. Barangan popular yang dibeli oleh kebanyakan dari kami ialah “Cabin Bag” jenama “Samsonite”! Sudah tentunya “imitation” tetapi dengan harga sekitar 120 -150 yuan (RM60 - RM75) sudah pasti menepati budget kami. 

Satu lagi produk popular ialah jam tangan. Imitation gred A sekitar 180 - 480 yuan (RM 90 - RM240) Harga berdasarkan design. Apa yang pasti untuk harga tersebut semuanya jam Automatic!






Kesimpulannya di Zhuhai semuanya ada dan harganya berpatutan terutamanya pakaian berasaskan sutera. Jika bercuti sambil membeli belah ialah agenda utama, Zhuhai merupakan destinasi yang tepat!





Hari ini kami di bawa untuk makan malam di sebuah restoran muslim di Bandar Zhuhai. Alhamdulilah! Hidangan utamanya berasaskan kambing dan roti! Memang menarik.



Selepas makan malam, kebanyakan dari kami ingin menyambung untuk membeli belah semula. Maklumlah hari ini ialah hari terakhir kami di Zhuhai dan peluang ini haruslah digunakan sebaik mungkin. Kami meminta bas menurunkan kami di sekitar Lotus Road dan berjalan kaki ke Zhuhai Port Plaza. Hari untuk menghabiskan saki baki "yuan" yang ada! 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan