BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Luar Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luar Negara. Papar semua catatan

19 September 2014

September 19, 2014

Halong Bay - Satu Pengalaman Yang Mengujakan

Kami memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi daripada hotel penginapan di Hanoi untuk menuju ke Halong Bay.  Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam. Disepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan sawah padi diselang seli dengan kawasan perumahan dan perindustrian.



Halong Bay - Tuan Chau International Marina Station
 Tuan Chau International Marina Station


Terdapat 2 cara untuk ke Halong Bay. Yang pertama adalah melalui jeti yang terletak di Halong City dan yang kedua melalui jeti yang terletak di Pulau Tuan Chau. Kami menggunakan Tuan Chau International Marina Station yang terletak di Pulau Tuan Chau untuk ke Halong Bay.



Halong Bay - Menaiki Bot Melalui Tuan Chau International Marina Station
Bot bersedia untuk berlepas dari marina


Pada mulanya memang tidak dapat menjangka apa yang bakal ditawarkan disana. Namun begitu sebagai pelancong, hati perlu sentiasa terbuka untuk menerima dan bereksperimentasi.



Halong Bay - Menaiki Bot Kecil Untuk Ke Bot Besar (Cruise)
Penumpang sedang disusun



Halong Bay


Serba sedikit tentang Halong Bay. Ia terletak kira-kira 170 km ke timur Bandaraya Hanoi iaitu lebih kurang 4 jam perjalanan dan merupakan kawasan tarikan perlancongan terkenal.


Halong Bay - Gambar Diabadikan Pada Not 200,000 Dong!
Sama macam dalam duit 200,000 Dong!


Halong Bay telah mendapat pengiktirafan UNESCO bagi kategori alam semulajadi pada tahun 1994 dan diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 keajaiban baharu dunia.


Bermalam Di Halong Bay!


Kami telah dijadualkan untuk bermalam di sana. Lebih-lebih lagi apabila diberitahu akan bermalam di atas kapal, perasaan menjadi bercampu baur.  Ini merupakan pengalaman baharu buat kami kerana kebanyakkan daripada kami tidak pernah bermalam di laut. Namun begitu tetap yakin bahawa ia bakal menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.



Halong Bay - V' Spirit Classic Cruise Menanti Kunjungan Kami!
Menuju ke V' Spirit Classic Cruise

 

V' Spirit Classic Cruise


Namun bila melihat Cruise tempat kami bermalam, semuanya bertukar menjadi lega. Segala kerisauan telah hilang. Ia merupakan sebuah kapal yang agak besar!


Halong Bay - Berada di puncak V' Spirit Classic Cruise
Kami berada diatas sekali!


Keadaan didalam cruise ini tidaklah seteruk seperti yang kami bayangkan pada awalnya. Semua cukup sempurna dan menyakinkan.


Halong Bay - Bilik Yang Selesa di V' Spirit Classic Cruise
Bilik tidur yang cukup selesa


Walaupun cruise ini diperbuat daripada kayu dan kelihatan klasik, ia adalah sebuah cruise serba moden dan  lengkap dengan pelbagai kemudahan.



Aktiviti Di Halong Bay


Aktiviti hari pertama di sini sebaik tiba adalah merangkumi lawatan ke tempat-tempat menarik yang ada sekitar perairan Halong Bay. 

  •  Luon Cave

Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah berkayak dan menaiki sampan melalui gua. Diberitahu bahawa gua ini hanya boleh dilalui ketika air surut.

Halong Bay - Berkayak melalui Luon Cave
Berkayak jika mahu berpeluh!


  • Soi Sim Island

Aktiviti yang disarankan apabila tiba di pulau ini ialah bersantai di kawasan pantai, berenang dan memanjat bukit. 
 

Halong Bay - Pemandangan dari puncak bukit Soi Sim Island
Pemandangan dari puncak bukit


Bagi yang memilih untuk memanjat bukit, permandangan yang ditawarkan sememangnya amat berbaloi dengan kadar kesukaran yang perlu dilalui untuk sampai ke puncak!


  • Mencandat Sotong

Aktiviti yang dilakukan sebaik sahaja selesai makan malam. Namun bagitu waktu yang paling sesuai sebenarnya ialah sekitar tengah malam. 


Halong Bay - Mencandat sotong di atas V' Spirit Classic Cruise
Saya dapat seekor!



Aktiviti hari kedua diteruskan lagi dengan melawat tempat-tempat menarik yang ada disekitar perairan Halong Bay:

  • Sung Sot Cave

Dikatakan merupakan salah satu gua yang tercantik yang ada di sekitar kawasan Halong Bay. Gua ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahannya.



Halong Bay - Melawat Sung Sot Cave
Perlu membeli tiket untuk masuk



Dibahagian dalam gua ini agak menakjubkan. Kewujudan stalakmit dan stalaktit yang disinari dengan lampu sorot yang berwarna warni untuk menyerlahkan lagi keindahannya.


Halong Bay - Menghayati keindahan stalakmit dan stalaktit Sun Sot Cave
Menghayati keindahan stalakmit dan stalaktit


Dibahagian luarnya pula kita sekali lagi disajikan dengan pemandangan yang sangat menarik serta menenangkan dari luar pintu gua.


Halong Bay - Pemandangan dari  Sun Sot Cave
Pemandangan dari luar pintu gua


Kesimpulannya


Berada di Halong Bay sememangnya satu pengalaman yang amat mengujakan. Ini adalah destinasi pelancongan di Vietnam yang berkelas dunia. Pengiktirafan oleh  UNESCO telah menyebabkan ia terkenal di seluruh dunia. 

Bagi yang sudah sampai ke Hanoi tetapi tidak ke Halong Bay memang sesuatu yang merugikan!


18 April 2014

April 18, 2014

Pengalaman Menaiki Beca Di Bandaraya Hanoi

Alhamdulillah saya sudah selamat kembali daripada Bandaraya Hanoi, Vietnam beberapa hari yang lepas. Banyak yang hendak diceritakan.


Pengalaman Menaiki Beca Di Bandaraya Hanoi
Deretan beca di Bandaraya Hanoi


Namun begitu, kekangan masa menjadi penghalang nombor 1! Banyak gambar-gambar dan video yang ada didalam kad memori kamera yang masih belum dimuat turun.  

18 Oktober 2013

20 Disember 2012

Disember 20, 2012

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Beijing #4

The World's Longest Corridor - Summer Place - Beijing 2012
Kami diminta berkumpul di lobi hotel dan memulakan perjalanan tepat jam 9:00 pagi.

Aturcara utama pada hari ke 4 di Bejing akan merangkumi lawatan ke Summer Palace, Panda House - Beijing Zoo dan Hutong Street.

Perjalanan ke destinasi pertama iaitu Summer Palace tidaklah terlalu jauh dari hotel penginapan. Cuma semasa hendak keluar dari hotel, bas yang kami naiki tidak dapat keluar kerana laluan keluar tersekat dek deretan kereta tetamu yang tiba-tiba memenuhi hotel bagi menghadiri satu majis perkahwinan yang diadakan pada hari tersebut.

18 Disember 2012

Disember 18, 2012

Kesibukan Menjadi Penghalang

Summer Palace - Beijing 2012
Masih ada beberapa lagi klip video yang belum sempat disunting menyebabkan siri cerita mengenai Masa Untuk Berjalan-jalan Makan Angin - Beijing [Link] tertangguh. Masih ada 2 lagi bahagian terakhir yang perlu dilengkapkan.

Walaupun sudah 2 bulan saya pulang ke tanah air, cerita tersebut masih segar dalam ingatan dan ditambah lagi dengan bantuan puluhan gambar-gambar dan video yang diambil semasa di sana.

10 Disember 2012

Disember 10, 2012

Pengalaman Pertama Kali Melihat Panda

Giant Panda - Beijing Zoo
Bila sudah sampai ke China, tidak lengkap lawatan jika tidak melihat beruang panda (Giant Panda).

Pada hari ke 4 lawatan kami telah dibawa melihat beruang panda di Panda Hall - Beijing Zoo.

Bagi yang telah ketinggalan tentang catatan kembara saya mengenai - Jalan-jalan ke China, boleh rujuk pautan berikut:

22 November 2012

November 22, 2012

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Beijing #3

Great Wall of China - View from 7th Tower Badaling
Kata orang tidak lengkap lawatan ke China jika tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar Negeri China (Great Wall of China). Akhirnya aktiviti yang amat ditunggu-tunggu telah tiba. Aturcara hari ke 3 merangkumi lawatan ke Tembok Besar Negeri China dan kawasan Pemakaman Dinastin Ming (Ming Tomb). 

Seperti biasa kami dikehendaki bersedia untuk memulakan perjalanan tepat jam 8:00 pagi. Perjalanan ke Badaling untuk mendaki puncak menara kawalan ke 7 di Tembok Besar Negeri China memakan masa hampir sejam setengah dari hotel penginapan.

15 November 2012

November 15, 2012

Pengalaman Menaiki Kereta Kabel Di Badaling - Great Wall of China

Cable Car Ride at Badaling - Great Wall of China
Pengalaman menaiki kereta kabel untuk naik ke puncak menara kawalan ke 7 di Tembok Besar Negeri China (Great Wall of China) memang tidak dapat dilupakan.

Kereta kabel yang mampu memuatkan seramai 6 orang penumpang ini sudah kelihatan agak berusia. Bila melihat keadaan fizikalnya memang tidak menyakinkan tetapi apabila melihat kereta kabel yang sedang beroperasi turun dan naik tanpa masalah, keraguan untuk menaikinya mulai hilang. Untuk menaiki kereta kabel ini tket yang dikenakan adalah sebanyak RMB60 untuk perjalanan 2 hala.

02 November 2012

November 02, 2012

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Beijing #2

Kami berkumpul di lobi hotel tepat jam 8:00 pagi. Aktiviti hari ini ialah melawat Tiananmen Square (Medan Tiananmen) dan Forbidden City (Kota Larangan). Kedua-duanya terletak bersebelahan. Medan Tiananmen merupakan medan terbuka didalam bandar terbesar didunia merangkumi keluasan 40.5 hektar. Antara destinasi wajib apabila melancong ke Beijing. Medan yang telah banyak mewarnai sejarah negara China.

01 November 2012

November 01, 2012

Pengalaman Menaiki Beca di Hutong Street - Beijing

Sepatutnya saya perlu menulis sambungan cerita ke Beijing [Link] tempohari.

Memandangkan banyak lagi gambar-gambar serta video yang belum sempat dimuaturun dari kamera dan dibuat penyuntingan, kerja-kerja penulisan terpaksa ditangguhkan dahulu. Terlalu banyak material dan cerita untuk digarap dan diproses pun susah juga! :)

22 Oktober 2012

Oktober 22, 2012

Alhamdulillah Saya Sudah Selamat Kembali Ke Tanah Air!

Alhamdulillah saya sudah selamat kembali ke tanah air semalam. Masih dalam kepenatan tetapi harus ke tempat kerja hari ini. Sudah banyak kerja-kerja tetunggak yang harus diselesaikan sepanjang 5 hari ketiadaan saya. Apa pun halnya, ambil pendekatan bahawa bercuti itu recharge [Link]. Kembali ke tempat kerja dengan semangat yang baru!

16 Oktober 2012

Oktober 16, 2012

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Persiapan Ke Beijing

Sejak 2 minggu yang lepas saya sudah membuat persiapan. Melengkapkan apa yang tiada. Maklumlah perjalanan kali ini cabarannya ialah cuaca. Jadi kelengkapan seperti pakaian dan aksesori berkaitan memang amat dititikberatkan. Sambil melakukan persiapan, saya juga melakukan sedikit pencarian di internet untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai destinasi yang bakal dituju.

27 April 2011

April 27, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #5

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan  -  Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #5

Phuket - Hari Kelima

Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 9:45 pagi. Oleh yang demikian kami perlu bersiap awal untuk mengurusakan pendaftaran keluar daripada hotel penginapan dan seterusnya menaiki bas yang disediakan untuk dihantar ke lapangan terbang.   Perjalanan untuk ke lapangan terbang memakan masa lebih kurang 30 minit.



26 April 2011

April 26, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #4

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan -  Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #4

Phuket - Hari Keempat

Aktiviti hari keempat diteruskan dengan rancangan sendiri memandangkan tiada aktivi rasmi untuk kami hari itu. Mula merancang sejak pagi lagi sebaik sahaja selepas bersarapan. 

Mengikut rancangan awal, ramai yang berminat untuk menyewa motorsikal untuk menjelajah sekitar Pulau Phuket.  Maklumlah kos menyewa motorsikal cuma 200 Bhat untuk sehari.  Cukup murah!
April 26, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #3

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan  -  Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #3

Phuket - Hari Ketiga


Kami dinasihatkan supaya bersiap awal memandangkan aktiviti hari ketiga ini  memerlukan kami meninggalkan hotel tepat jam 8:00 pagi.

Sesiapa yang terlambat dianggap tidak berminat untuk menyertai aktiviti tersebut dan akan ditinggalkan. 

Nampaknya aktiviti hari ini memerlukan kami pergi jauh ke utara Pulau Phuket dan merentasi jambatan untuk ke tanah besar.Perjalanan ini memakan masa hampir sejam. Setibanya di Jeti, kami diberikan arahan untuk memakai jaket keselamatan dan menaiki bot yang sudah sedia menunggu.

24 April 2011

April 24, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #2

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan -  Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #2

Phuket - Hari Kedua

Hari ini memang tiada aktiviti rasmi. Jadi kami dibenarkan untuk melakukan aktiviti sendiri.

Bersarapan seawal jam 6:30 pagi. Selepas itu mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di Patong Beach.  Maklumlah sejak semalam masih belum menjejakkan kaki ke kawasan pantai.

23 April 2011

April 23, 2011

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #1

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan  -  Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Phuket #1

Phuket - Hari Pertama

Berkumpul untuk memulakan perjalanan dari Johar Bahru untuk menuju Terminal 1 Changi, Singapura seawal jam 4:10 pagi.

Walaupun jadual penerbangan menuju ke Phuket adalah pada pukul 8:20 pagi, kami perlu masuk ke Singapura seawal mungkin kerana perlu melepasi pemeriksaan di CIQ kedua-dua negara. Selaian itu kami juga terpaksa bersama-sama sepantas mungkin bersaing dengan mereka yang menjadikan Singapura negara untuk mencari rezeki.

18 Ogos 2009

Ogos 18, 2009

"I Love You Full " - Mbah Surip!

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan  - "I Love You Full " - Mbah Surip!

04/08/2009 - Hari Terakhir Di Indonesia:

Sementara menunggu di balai berlepas, kami mengikuti siaran TV Indonesia dan kebetulan pada masa itu berita sedang di siarkan. "Highlight" berita hari itu ialah "Mbah Surip" meninggal dunia! Kami mendengar cerita tentang Mbah Surip dari Bapak Irwan semasa di dalam perjalanan menuju Bandung dari Jakarta. Satu nama besar dalam industri muzik di Indonesia.

Sebelum ini dunia di kejutkan dengan pemergian Micheal Jackson, Malaysia di kejutkan dengan pemergian Yasmin Ahmad dan kini tiba giliran Indonesia pula dikejutan dengan pemergian Mbah Surip. Al Fatihah buatnya..


"I Love You Full " - Mbah Surip!



17 Ogos 2009

Ogos 17, 2009

Kerana Secawan Kopi..

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan - Kerana Secawan Kopi..

Peristiwa ini berlaku pada hari ketiga Aku berada di Jakarta semasa "Company Trip" tempohari. Setelah selesai proses "check in", Aku cuba "online" menggunakan pda dari bilik hotel. Tetapi signal WiFi tidak berapa stabil, lalu Aku ambil keputusan untuk turun ke lobi hotel untuk mencubanya di sana. Signal WiFi di lobi lebih baik berbanding di dalam bilik.

Kebetulan pada masa itu beberapa rakan yang lain pun turut sama turun ke lobi hotel. Pada masa itu jam menunjukkan lebih kurang pukul 11:30 malam. Setelah berbincang, ada diantara kami yang ingin keluar mencari kafe untuk minum kopi. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh petugas hotel, memang tidak terdapat sebarang kafe di sekitar hotel. Kawasan yang paling hampir ialah Mangga Dua dan Kelapa Gading, di mana terdapat banyak kafe dan restoran.