BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

10 Ogos 2008

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Zhuhai & Macau #3

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan - Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Zhuhai & Macau #3

Hari Ketiga


Setelah selesai bersarapan, kami “check out” dari hotel dan menaiki bas menuju ke Gobei Port untuk ke Macau semula. Pemeriksaan imigresen dan kastam China amat perlahan untuk ke Macau. Kami mengambil masa hampir sejam untruk melepasi pemeriksaan tersebut. Walau bagaimana pun semuanya berjalan dengan lancar. 




Sebaik sahaja kumpulan kami melepasi pemeriksaan tersebut, kami di bawa menaiki bas untuk makan tengahari dan menyambung lawatan tempat-tempat menarik di sekitar Macau. Makan tengahari yang tak berapa menarik! Maklumlah makanan Chinese Style memang susah nak masuk! Nasib baik juga ada di antara rakan-rakan yang membawa sedikit bekalan dari Malaysia. Jadi tak lah terasa teruk sangat!





Selepas itu, kami di bawa ke Venetian Resort Casino, Kasino terbesar di dunia. Menurut “tourist guide” kami, di Venetian terdapat 750 meja judi berbanding di Las Vegas hanya terdapat 450. Menjelang akhir tahun, mereka akan menambahkannya sehingga 1000 meja. Ahaha.. Aku peduli apa pun.. Aku bukan nak berjudi! Bagi yang tak berminat untuk berjudi, di Venetian terdapat gedung membeli belah dan gondola!





Selain itu apa yang menarik terdapat di situ ialah langit “artificial” yang sentiasa biru. Kagum melihatnya! Kalaulah langit sentiasa biru begitu tentu menarik. Sepanjang kami di Zhuhai dan Macau, ruang udara seolah-olah dilitupi jerebu. Dapat melihat langit biru, walaupun buatan manusia tentunya amat menyeronokan. Kami berada di sana selama sejam.






Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Statue of Kun Lam dan Lotus Square. Tiada apa yang menarik disitu! Mengambil berberapa keeping gambar untuk di jadikan kenang-kenangan. Destinasi seterusnya ialah Ruins of St. Paul dan Mount Fortress. Perjalanan menuju ke sana mengingatkan Aku tentang Melaka. 

Terdapat beberapa persamaan antara Macau dan Melaka. Tentunya kerana kedua-duanya pernah dijajah oleh Portugis! Lorong-loroing yang kecil yang sempit saling tak tumpah seperti di Melaka! 






Setibanya di sana Aku mengambil kesempatan untuk mendaki anak tangga Mount Fortress sehingga ke puncaknya. Di atas terdapat sebuah muzium. Sayang sekali pada masa kami tiba di sana muzium itu telah pun di tutup. Tetapi apabila sampai di atas sana, terasa begitu seronok sebab dapat melihat permandangan Bandar Macau dan persekitarannya. 




Selesai melawat tempat-tempat menarik di sekitar Macau, akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami, G.M Hotel & Casino . Di dalam hotel kami itu terdapat kasino yang di buka 24 jam.






Hahaha.. tak tidur la kawan-kawan aku nih nampaknya! Berjudi sampai pagi! Selesai urusan “Check in” kami pun segera menuju ke bilik masing-masing untuk bersiap untuk makan malam. Hari ini entah di mana silapnya kami telah di bawa makan malam di restoran yang sama untuk makan tengahari. Nasib baik terdapat sedikit perubahan dalam menu makanan dan bekalan dari Malaysia, kalau tidak tentu semua orang tak lalu nak makan di situ.

Balik dari makan malam, kami terus kembali ke hotel. Aktiviti malam itu ialah melihat persekitaran hotel dan kasino. Bagi yang non muslim, tentunya mereka amat seronok kerana berpeluang untuk mencuba nasib di meja judi dan mesin slot! 

Aku hanya melihat orang bermain mesin slot malam itu. Pukul 12:00 mata pun dah mengantuk, ambil keputusan untuk balik ke bilik. Tak tahulah rakan-rakan yang lain balik pukul berapa? Hotel & Kasino buka 24 jam!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan