BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 September 2008

Proton Satria - Sudah 10 Tahun

Setiap kali menyambut raya, saya punya "first priority" ialah kereta! Selain dari persiapan Hari Raya, aspek penyelengaraan kereta amat saya titik beratkan kerana perjalanan yang lancar menuju destinasi akan lebih memberi makna di Hari Raya nanti. Maklumlah di musim perayaan ini, kereta akan di gunakan semaksimum mungkin dan tentunya jika penyelenggaran yang tidak sempurna akan menyebabkan "breakdown"!







Kereta ini akan di selenggara setiap 5,000km untuk enjin dan setiap 100,000km untuk kotak gearnya. Saya sememangnya dah terbiasa untuk buat service setiap 5000km. Pernah cuba untuk buat setiap 8,000km dan 10,000km tapi rasa macam terlalu lama dan kurang sesuai untuk kereta yang dah berusia 10 tahun ni :D Lagipun kalau "service interval" nya 5,000km, sebarang tanda awal kerosakkan akan dapat dikesan dan dibetulkan sebelum ia merebak menjadi masalah besar!







Tayar memainkan peranan penting. Kadang-kadang Aku perhatikan ramai yang terlepas pandang tentang penjagaan tayar. "Tyre Rotation" perlu dilakukan setiap 10,000km. Dengan memerhatikan tayar, kita juga boleh mengetahui samada "absorber" kereta dalam keadaan baik atau tidak.


Bila kereta telah diselenggara dengan sempurna, Insyallah pemanduan tentu akan menjadi lebih lancar. Rancang perjalanan dan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan akan menambahkan lagi keyakinan dan ketenangan ketika memandu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan