Cerita Tentang [
Tahun Baru
]

Menyempurnakan Azam Yang Masih Belum Terlaksana #0

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun baru 2009! Taklah lewat sangat mengucapkannya, sepatutnya entry ini Aku buat sebelum akhir tahun lepas. Tapi seperti yang Aku jangka, Disember sememangnya penuh dengan drama!

Pada 23hb Disember, semua sistem telekomunikasi termasuklah broadband dan lease line di pejabat lumpuh. Semuanya berpunca dari kecuaian kontraktor yang menjalankan kerja penambahan kabel fiber optics di bawah bangunan yang menyebabkan kabel fiber optics sedia ada terputus.

Hmmm panik jugak pada mulanya tiba-tiba tepat pada pukul 5:30 petang semua talian telefon, internet dan leased line tak berfungsi. Kebetulan pula pagi itu ada memo terbaharu dari pihak pengurusan syarikat mengenai Cost Cutting Measurement

Takkanlah sampai nak berjimat cemat.. tepat jam 5:30 petang semua talian telefon tak berfungsi? Haha lawak-lawak! Tak pasal-pasal semua staff terfikir pihak syarikat sedang mencatu perkhidmatan telefon dan internet!

Laporan di buat pada pihak TM melalui talian 100 dan pihak TM kemudiannya mengesahkan yang ianya merupakan major problem dan meminta Aku untuk berada di pejabat, sementara mereka mengkordinasi Pasukan Bantuan Teknikal dan Pihak Kontraktor untuk proses mengesan dan baik pulih. Tak pasal-pasal hari itu Aku kena tinggal di pejabat sampai pukul 2:00 pagi esoknya.

Ok la sempena tahun baru ini tentunya setiap dari kita ada azam yang hendak dicapai untuk tahun 1430/2009. Secara jujurnya azam tahun yang lepas pun masih ada lagi yang tertunggak! Jadi azam tahun baru semesrtinya melaksanakan azam yang tak terlaksana dari tahun-tahun yang sebelumnya :D

Rasanya ada la 2 perkara yang berjaya Aku tunaikan pada tahun 2008 yang lepas, pertama Aku berjaya untuk berinternet dari rumah. Kedua, berjaya mendisplinkan diri untuk menyimpan, walaupun tak banyak tapi konsisten.

Tahun 1430/2009 ini, Aku berazam untuk memasukkan beberapa perkara lagi di dalam senarai seperti meningkatkan pemberian derma, zakat pendapatan dan mengurus masa dengan lebih baik. Insyallah.






:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment