Cerita Tentang [
Nilai 3
]

Nilai 3

Sepanjang bulan Mei ini banyak "posting" berkaitan dengan benda rosak dan kesedihan! Nak buat macam mana, mungkin telah pun ditakdirkan begitu. Kita sebagai hambaNya kenalah terima dengan hati terbuka & redha.

Sebenarnya tak semua cerita yang tak sedap ada pada bulan Mei. Ada juga perkara "gembira" yang berlaku sepanjang bermulanya Mei. Contohnya pada 1 - 2hb Mei yang lalu kami sekeluarga termasuk adik-adik yang lain dan Abah+Emak baru+Adik telah pun ke Melaka dan Nilai 3. Bolehlah dianggap sebagai "Grand Family Trip" yang tak dirancang pada awalnya. Walau bagaimanapun semuanya berjalan dengan lancar dan menggembirakan.



Dah lama tak berjalan beramai-ramai begini sejak 8 tahun yang lepas. Maklumlah sejak arwah emak sakit dan kemudiannya meninggal dunia memang banyak perkara yang terpaksa kami ketepikan. Bila adik-beradik dah besar semuanya dan dah ada pun yang berkahwin barulah kesempatan itu datang. Alhamdulillah!

 
"Trip" yang tak dirancang langsung memandangkan 1hb itu ialah cuti Hari Buruh, memang niat asal ialah nak balik ke kampung - Seremban. Tetapi sebelum balik ke Seremban, singgah ke kampung Kluang dulu. Di Kluang bermulalah perancangan spontan kami. Mula-mula kami akan ke Melaka, bermalam di Seremban (Kampung Azza) dan kemudiannya ke Nilai 3 keesokannya untuk ber"shopping" :D


Memang itu pun niat utamanya, ber "shopping". Maklumlah tak lama lagi nak raya, kira macam buat persiapan raya la nih.. konon! Nak beli kain dan sebagainya. "Nanti kalau lambat beli kain dan lambat hantar tempahan, takut tak ada tukang jahit yang akan terima tempahan" kata Mak Ngah :D


Aku bertindak sebagai pemandu pelancong dan penjaga budak-budak :D untuk memberi keselesaan maksimum untuk mereka ber "shopping"! Maklumlah kedai di sini memang banyak dan kawasannya luas. Takut ada yang hilang nanti, tentu menyusahkan.

Segala barang kelengkapan rumah serta pakaian/kain banyak di jual di Nilai 3. Apa yang hanya perlu di sediakan ialah duit! Kalau nak ke Nilai 3 lagi, bawa duit secukupnya dan sebuah lori :D
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

2 comments

  1. wah seronok jalan2...
     
    selamat berhujung minggu... :D

    ReplyDelete
  2. :D Sekali sekala berjalan² ... Dah lama sangat tak kemana-mana bersama.

    ReplyDelete