Petang semalam Jaguh buat hal lagi.. Tak nak hidup! Switch on ignition key..press start button..nothing happen! no light.. no indicator! Dah berusaha tolak, pun tak mahu hidup. Kesian pada kawan-kawan sebab bantu menolak Jaguh ni dua tiga "round"! Dahlah kerja yang dibuat tak dapat disiapkan dengan sempurna, masa nak balik buat hal pula!
Buka Bateri Bawa Ke Kedai
Akhirnya kami bersetuju untuk membuka baterinya dan bawa ke kedai motor berhampiran untuk di uji simpanan kuasanya. Setibanya di sana, Aku terus meminta mekanik disitu mengujinya dan memang "confirm" bateri dah "flat".
Pilihan Terpaksa Dan Kena Pancung!
Memandangkan bateri yang bermasalah ini sudah pun digunakan hampir 2 tahun, rasanya lebih
baik ditukar kepada yang baru. Masalahnya, dikedai tersebut tiada bateri Yuasa Model 12N9-4B-1. Yang ada cuma bateri Procell.
Kiranya Aku pun agak terdesak sebab kalau tak dibeli, Jaguh tu terpaksa ditinggalkan di pejabat. Pilihan terpaksa, beli jugalah bateri Procell tersebut walaupun harganya RM130! Rasanya kedai tu pancung Aku cukup-cukup! Apa-apa pun tak kisahlah janji Jaguh dapat dihidupkan. Lagipun hanya kedai ini yang masih dibuka...
Procell - Bukan Pilihan Utama, Pilihan Terpaksa! |
Isu Bateri Memang Cukup Memeningkan Kepala
Sementara menunggu bateri yang baru dibeli itu dicas sepenuhnya, kami pun ke kedai mamak berhampiran untuk makan malam. Setelah selesai makan, kami singgah semula ke kedai motor untuk mengambil bateri yang telah siap dicas dan terus ke pejabat untuk dipasang ke Jaguh.
Alhamdulillah setelah siap dipasang, Jaguh dapat dihidupkan! Lega.. Selesai satu lagi masalah. Isu bateri memang cukup memeningkan kepala!
pe lagi.. belanja la next time.. no prob..(mcm saya plak zafren)
BalasPadamHahaha.. dah belanja dia tempohari.
BalasPadam