Cerita Tentang [
Keluarga
]

Syawal 09 - Part 2

,Kami balik ke Johor pada Hari Raya ke 4. Pada asalnya memang mahu terus balik ke Kluang tetapi Aku membuat keputusan untuk balik ke Batu Pahat sebaik sahaja keluar dari Plaza Toll Air Hitam. Terkejut "Nyaie" bila kami tiba ke kampung sekitar pukul 12:30 malam! Maklumlah orang dah tidur dan dikejutkan pula..  Kalau tak disempatkan balik ke Batu Pahat,  bila sudah kembali ke JB nanti agak sukar untuk ke sana semula.

Esoknya kami meneruskan  program ziarah kami ke Rumah "Atuk" dan seterusnya kami ke Simpang Renggam untuk ke rumah "Nyaie" Saudara dan 2 orang pakcik (adik-adik Abah).  Selepas itu kami merancang untuk balik ke Kluang.  Tetapi setibanya kami di rumah pakcik, kami dapati Abah pun ada di sana!  Hmm tak jadilah kami nak balik ke Kluang!  Kami sebaliknya merancang untuk pergi bersama-sama ke Kulai untuk menziarah Pak Long dan seterusnya ke JB.

Sebenarnya banyak perkara menjadi tidak teratur sejak awal kami memulakan perjalanan berikutan terdapatnya masalah dengan rangkaian Celcom pada hari tersebut!  Kebanyakkan rancangan yang dibuat semuanya spontan.  Kali ini memang betul-betul beraya.. tanpa henti!

Maghrib di rumah Pak Long dan kemudiannya Pak Long sekeluarga bersama-sama ke JB untuk ke rumah Makcik (Cik Ju).  Dari rumah Makcik (Cik Ju) kami ke rumah seorang lagi Makcik (Cik Jot) yang berada di Skudai.  Dari Skudai kami meneruskan perjalanan ke Taman Universiti untuk ke rumah seorang lagi Pakcik (adik Abah).  Sebaik sahaja kami ingin meneruskan perjalanan,  tiba-tiba kereta Abah mengalami kerosakkan!  Oleh kerana jam pun dah menunjukkan lebih kurang pukul 10:30 malam, Aku mencadangkan supaya Abah sekeluarga bermalam di rumah makcik dan esok pagi Aku berjanji akan uruskan penghantaran keretanya ke bengkel.

Kami meneruskan perjalan ke Taman Universiti tanpa Abah. Setibanya di sana mereka amat terkejut mendengar berita tentang musibah yang dihadapi oleh Abah.  Manakan tidak.. kami bersama-sama bertolak dari Simpang Renggam ke Kulai melalui Lebuhraya Plus dan kemudiannya ke JB tanpa sebarang masalah petang tadi..  Hmmm.. nasib baik juga kereta Abah tak rosak semasa di lebuhraya!  Kalau tak tentu lebih banyak masalah!

Alhamdulillah kenderaan kami tidak menghadapi sebarang masalah walaupun sejak dari raya ke 2, kami memang agak banyak berjalan..  Skudai --> Kluang --> Seremban --> Rembau --> Batu Pahat --> Simpang Renggam --> Kulai --> JB --> Skudai .. Memang amat meletihkan! Perjalanan telah pun merangkumi lebih kurang 1100 km!




:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment