Cerita Tentang [
Realiti
]

Budak Lelaki Tidak Bawa Payung.. Ok!

Semasa bersekolah rendah, Aku berjalan kaki ke sekolah. Teringat ketika itu sewaktu musim hujan. Selalunya apabila hujan Abah akan hantar Aku ke sekolah tetapi tidak pada hari itu. Emak memberikan payung untuk Aku gunakan ke sekolah.

Budak Lelaki Tidak Bawa Payung.. Ok!

Memanglah pada mulanya Aku tidak kisah tetapi apabila sampai ke sekolah Aku dapati semua budak lelaki tidak membawa payung. Mereka sebalikya menggunakan baju hujan dan ada sesetengahnya memakai jaket.

Malu Bawa Payung!

Sejak dari hari itu, Aku berasa sangat malu untuk membawa payung ke sekolah. Malah Aku lebih rela basah dari menggunakan payung! Dalam masa yang sama Aku meminta Abah membelikan sepasang baju hujan.

Payung Bunga-bunga 

Budak lelaki tidak bawa payung..Ok! Memang sungguh tidak "cool"! Lagipun payung itu bercorak bunga-bungaan memang tidak sesuai dengan jiwa.


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

14 comments

  1. saya juga x suka pakai payung. terlalu lady like.. dan leceh. tapi kalau dah hujan, pakai gak la..

    pergi ke negara china, lelaki yang paling macho pon memakai payung. hanya askar yg sedang berbaris or pegawai yg sedang bertugas je yg memakai baju hujan hitam..

    ReplyDelete
  2. Hehe itu dulu.. skrg ok jer kalau bawak payung.  Janji tak basah!

    ReplyDelete
  3. oh budang lelaki pakai payung berbunga harus di jadikan bahan kutukan d dalam kelaas....hehehe p itu zaman sekolah rendah laaa....now my hubby pakai payung tak de laa den nak gelakkan cuma payung bunga je ku tak leh terima sampai sekarang...hahahaha nampak lawak la pulak...:D

    ReplyDelete
  4. eh...haha...
    bebudak lelaki sek saye bawak jer...siap yg lipat2 lg....
    tp yg melayu tak...biar basah....
    tp yg bebudak cina bawak pun sbb nak jaga rambut diorang...
    rosak lah klu kene bju hujan atau air hujan...

    pastu balik,lupa nak bawak..huhu...
    jd tmpat simpan payung lak kat blkg kelas tu...

    ReplyDelete
  5. Mista BloggaMarch 29, 2010

    anif,
    aku ada payung pink. mo pinjam? hehe

    ReplyDelete
  6. Tau pun.. kalau pakai payung bunga-bunga mau jadik bahan kutukan! Boleh trauma dibuatnya.

    ReplyDelete
  7. Payung berlipat kalau plain ok jer. Senang dibawa dan disimpan.

    ReplyDelete
  8. Hehehe.. pink aa rasanya dia punya trauma sama dengan payung yang ada bunga-bunga tu!

    ReplyDelete
  9. kawan saya lak, asik beli payung avon kat saya.. sebab payung kat umah, sama ada hubby masing2 pakai pastu tinggal or bagi kawan pinjam pastu x mintak2 balik..

    payung avon mmg SWEET!!!

    ReplyDelete
  10. Itu satu lagi kelemahan orang lelaki.. Kalau sudah pakai payung lupa nak ambil balik. 

    ReplyDelete
  11. Mohd Nadri SaringMarch 29, 2010

    masa dkt kg dulu xde payung. klu hujan mak suruh pakai baju hujan yg diperbuat drp plastic baja..nk tak nak terpaksa pakai juga w/pun malu...

    ReplyDelete
  12. Dahulu saya hanya fikirkan tentang diri sendiri sahaja. Kalau saya tahu ada orang lain yang lebih susah..tentu saya tidak akan merungut atau meminta yang bukan-bukan dari emak dan abah! Bersyukur dengan apa yang ada..

    ReplyDelete
  13. haha memang pun malu dulu2. kalu nak pakai pun kaler itam je la. kalu ingat2 kumpulan umbrella je bawak payung kalu nak ke mana2. skarang kalau hujan je xda payung memang susah..

    ReplyDelete
  14. Sekarang dah ok kan.. dulu-dulu apa yang kita fikirkan ialah perasaan malu.. Kalau sekarang masih malu, alamatnya basah le.

    ReplyDelete