Semoga ekonomi Malaysia bertambah makmur dan menunjukkan aliran positif didalam KDNK untuk sepanjang tahun 2010.
Bagi pekerja swasta perkara yang paling menarik setelah setahun bertungkus lumus bekerja ialah menerima bonus serta kenaikkan gaji (jika ada) yang setimpal dengan usaha dan kesanggupan pihak majikan tanpa prejudis mengeluarkan bonus walaupun keadaan ekonomi semasa masih lagi tidak menentu.
Kali ini kami makan di Restoran Sedap Corner di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru bedekatan dengan Thistle Hotel. Lokasinya memang mudah untuk dicari, cuma sekarang ini dikawasan tersebut ada kerja pembinaan jambatan baharu. Jadi keadaan sekelilingnya agak kelam-kabut sedikit!
Sudah hampir dua minggu Emak dan Abah berada di sini, ada baiknya jika kami membawa mereka makan di tempat yang mempunyai suasana yang berlainan. Maklumlah kerja-kerja mengubahsuai rumah masih lagi berjalan dan keadaan di rumah pun masih tidak berapa selesa.
Aku dan Azza memesan "Chicken Chop" manakala Abah memesan "TomYam Seafood" beserta "Nasi Goreng Kampung" manakala Emak memesan "Radna Crispy Meehoon", Kids Meal untuk Nurin Iman dan Nurin Amani.
Berdasarkan daripada respon Abah, beliau mengatakan bahawa makanan di situ sedap kerana mereka menggunakan bahan-bahan yang segar dan bermutu. Bila Abah bercakap pasal makanan, pendapatnya harus diambil perhatian kerana di kampung, Abah biasa memasak untuk majlis perkahwinan dan sebagainya. Kalau tukang masak kampung kata sedap memang sedaplah!
Selepas makan kami ke JB Bazar.
uhuh.. mcm best...
BalasPadamsuka gmbr2 awk.. klasik!
Bolehlah.. Nak kata best sangat tu tak lah.. Tapi berbaloi la.. sebab sekeluarga ke sana.
BalasPadamPasal gambar-gambar tu, saya ambil guna O2 Xda II, PDA Phone yang dah lama saya pakai sejak 2005. Kameranya pun hanya 0.3 Megapixel.
Biasanya sebelum upload ke blog saya akan buat sedikit editing dulu..
blm pernah makan dkt sedap corner jln abd samad..klu yg dkt cawangan lain pernah cuba..makanan dia not bad jugaks..
BalasPadamp/s: pemberian bonus membakar semangat kita utk terus bekerja dgn lebih tekun..
Yang ditempat lain tu dalam shopping mall. Yang di Jalan Abdul Samad tu rumah banglo yang dijadikan restoran.
BalasPadamBenar, bila dapat bonus rasa seperti usaha setahun itu dibalas dan akan menjadi pembakar semangat :D