Hari Jadi Mak Ngah..

Cuti Hari Raya Cina yang lepas Kami sekeluarga balik ke kampung. Alhamdulillah, semua adik beradik juga ada. Bukan senang untuk meluangkan masa dan berkumpul beramai-ramai. Kebetulan esoknya ialah Hari Jadi adik Aku yang kedua dan kami pun sepakat untuk meraikannya dan membuat acara bakar-membakar (BBQ) dengar kadar segera tanpa dirancang.

Selamat Hari Jadi Mak Ngah yang ke 32 tahun!




Yang paling seronok tentulah cucu-cucu yang seramai enam orang itu. Bermain dan berlari sehingga tak terdaya ibu dan bapa mengawalnya. Tahun ini akan bertambah lagi dua ahli baru dalam keluarga, Insyallah. Daripada enam akan menjadi lapan!

Pakar BBQ dalam keluarga.. Pak Ngah!

Sekali sekala dapat berkumpul dengan adik beradik memang menyeronokkan. Banyak perkara hendak diceritakan.

Atuk tak terlayan kerenah cucunya!

6 comments:

  1. alfa julietMarch 19, 2010

    kalau dah banyak cucu memang tak terlayan..mcm saya, mak cuma ada sornag cucu...mcm anak emas lagaknya

    ReplyDelete
  2. Biasalah cucu pertama akan "diterlebih manjakan" oleh Atuk dan Nenek! :D Sampaikan ibu bapanya pula rimas.

    ReplyDelete
  3. Mohd Nadri SaringMarch 20, 2010

    sya cuti CNY pn ada buat BBQ jgks dkt kg..sekali buat kenduri nikah adik bongsu & sambut harijadi anak..bila semua adik beradik & anak2 sedara kumpul, meriah rasanya..entry blm smpt post dkt blog..

    ReplyDelete
  4. Entry ini pun dah kira lewat nih. Malas nak upload gambar dari Digital Camera. Masa ambil gambar seronok la, point & shoot. Bila dah banyak gambar malas pulak nak download ke PC dan upload ke blog! Memang seronok sekali sekala dapat berkumpul bersama.

    ReplyDelete
  5. amat seronok adik beradik dapat berkumpul... ;)
    alhamdulillah moga makin bertambah ahli keluarga... :-D

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Copyright © 2017 BEAM™