Cerita Tentang [
Keluarga
]

Selamat Menyambut Hari Lahir

Selalunya bila kami menyambut hari lahir, kami hanya meraikannya secara kecil-kecilan. Tetapi tahun ini ia agak berbeza sedikit kerana disertai oleh emak dan abah. Kami meraikannya secara ringkas yang boleh iaitu dengan makan di luar.


Mungkin sudah menjadi tradisi keluarga kami untuk makan di situ setiap kali menyambut hari lahir Azza. Daripada sejak baharu kahwin sehinggalah sudah beranak dua. Bila sudah jadi tradisi memang sukar untuk diubah! Rasa macam ada yang tidak kena kalau tidak ke sana lagi.


Walaupun menyambutnya di tempat yang sama setiap tahun, suasananya sudah pasti berbeza. Kalau dahulu kami berdua, kemudiannya kami bertiga dan sekarang kami sudah berempat!



Asalkan mereka gembira terutama Azza, sudah cukup untuk membuat Aku gembira. Lagipun apa lagi didalam hidup yang lebih berharga selain dari kegembiraan dan kebahagiaan?



Apa yang pasti ialah perjalanan hidup kami masih lagi panjang. Banyak lagi rintangan yang perlu dihadapi.

:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

7 comments

  1. secret recipe ke tuh? huhu.. mmg sedap makan kat situ.. tapi saya berfikir sikit kalau nak makan kat situ.. sedikit mahal..  huhu..

    ReplyDelete
  2. Kat Pizza Hut sebenarnya.. Saya tak pernah pegi ke Secret Recipe. Teringin jugak nak ke sana tetapi bila dah ada anak ni.. akhirnya ended up kat McDonalds sebab kat situ ada mini playground :D

    ReplyDelete
  3. ~zeelaque~March 28, 2010

    anywhere asalkan dengan family. :)

    ReplyDelete
  4. Ye betul tu..Asalkan dengan family :D

    ReplyDelete
  5. oh.. pizza hut juga sedap.. dan lebih affordable rasanya.. kami xpernah lagi makan di pizza hut 1 famili. paling grand, KFC je.. hehe.. kalau x, biasanya kat gerai je la.. makan puas, harga pon murah

    ReplyDelete
  6. Sekali sekala jer makan sekeluarga di situ. Tak boleh selalu nanti tak cukup budget :D

    ReplyDelete
  7. HAPPY BIRTHDAY AZZA...:D

    ReplyDelete