Alahai Maybank!

Aku menerima surat peringatan daripada Maybank berkenaan tunggakkan kad kredit yang belum dibayar! Eh! Setahu Aku semua bayaran yang patut dilangsaikan sudah pun dibuat. Macam mana perkara ini boleh terjadi. Lagipun Aku menggunakkan "online banking" untuk menjelaskan segala bayaran pinjaman dan segala bil utiliti. Sepatutnya ia menjadi lebih cekap!





Kisah 3 Tahun Dahulu


Kemudian baharulah Aku teringat, 3 tahun yang lepas Aku pernah mengalami masalah yang serupa. Masalah ini timbul setiap kali menerima kad kredit baharu bagi menggantikan kad kredit yang telah tamat tempoh. Jadi, bayaran yang dibuat masih lagi merujuk kepda kad lama (akaun lama) sebab itu Aku akan mendapat surat peringatan yang menyatakan Aku belum menjelaskan bayaran. Untuk menyelesaikannya terpaksa menghubungi talian hotline Maybank dan memberitahu mereka tentang masalah ini. Kemudian mereka akan mengemaskini sistem mereka.

Sepatutnya Lebih Mudah


Sepatutnya mereka boleh menyelesaikan masalah ini secara terus. Maksudnya mereka sebagai pengeluar kad kredit, mereka tentunya mempunyai data lengkap tentang tarikh luput dan penggatian kad. Jadi setiap kali kad kredit dikeluarkan, sistem sepatutnya menggemaskini maklumat akaun kepada kad yang terbaharu. 

Menyusahkan Pelanggan


Tidak perlulah tunggu sehingga pelanggan membuat aduan! Err memang sungguh tidak cekap dan menyusahkan pelanggan! Kalaulah dapat diefisienkan bahagian ini sahaja, Aku pasti bank ini mampu menjimatkan kos dan meningkatkan keyakinan pelanggan.

14 comments:

  1. selalu juga dengar rungutan pasal maybank ni trutama bab kad kredit. Pernah di offer tapi xnaklah..

    ReplyDelete
  2. Pasal servisnya ok. Tak de masalah. Cuma bila kad itu expired dan diganti dengan kad baharu, selalunya payament tak dipindahkan ke akaun baru. Terpaksa call dan beritahu.. Patutnya ia boleh dikemaskini secara automatik..

    ReplyDelete
  3. Amirul Faiz Abd. RazakApril 05, 2010

    Nape maybank seperti sengaja jer wat-wat tak update.

    ReplyDelete
  4. Saya pun tak begitu pasti kenapa.. Mungkin department yang menguruskan Online Banking dan Credit Card berlainan.. Oleh kerana Saya ada satu je kad kredit (Maybank), tak begitu pasti tentang bank-bank lain..

    ReplyDelete
  5. Mohd Nadri SaringApril 05, 2010

    biasalah..bank dah besar, pelanggan pun dah ramai..mesti ada yg terlepas pandang punya..

    aku dulu pun pakai kad Maybank, tp skrg dah batalkan..

    ReplyDelete
  6. Kalau boleh memang nak cancel terus.. tapi di zaman cyber serba canggih lagi moden nih terpaksa kena ada satu untuk memudahkan urusan esp. untuk booking flight/hotel.

    ReplyDelete
  7. baru amik kad kredit.. (tp x amik lagi dari bank..)

    niat nak pakai untuk minyak.. tapi xreti.. boleh ke nak buat full tank?

    en anif, amik award kat blog saya eh? *wink* *wink*

    ReplyDelete
  8. Aha.. :D pakai kredit kad buat beli minyak tak dapat reward pointkalau tak silap la! Nak buat fulltank apa susahnya.. swipe in.. angkat pam dan isi sampai penuh.. letak balik pam dan tunggu receipt.

    Ok nanti saya akan ambil award itu.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Edison LeeApril 05, 2010

    malaysian banks r less competent than the foreign banks even here in malaysia! 

    ReplyDelete
  10. Yeah.. I do agree with u.. but sadly we have no choice.

    ReplyDelete
  11. biasa la tu.. bank ni kadang nak kene ketuk jugak..

    susah sangat nak update system n kalau ader masalah pun lambat2 jer call customer.. kita yang taktau apaper ni dok kene call2 if anything.. itu pun susah nak berangkat..

    certain2 bank msia ni ok servisnya, certain plak cuma in customer service.. takder yang perfect la.. bila ntah customer betul2 dapat satisfaction bila communicate ngan bank.. huhu..

    ReplyDelete
  12. Memang kena ketuk baru nak jadi... kalau tak datang sergah macam tak jalan kerja..

    ReplyDelete
  13. kad kredit aku xpernah pakai so aku x tau le. tapi aku skang dah x pakai atm maybank sebab kalau cucuk lebih 5 kali dalam sebulan rasanya kena caj 50 sen. x aci.

    ReplyDelete
  14. Pakai la Debit Card function kat kat ATM tu.. Instead keluar duit untuk pi shopping//

    ReplyDelete

Copyright © 2017 BEAM™