Aku menerima surat peringatan daripada Maybank berkenaan tunggakkan kad kredit yang belum dibayar! Eh! Setahu Aku semua bayaran yang patut dilangsaikan sudah pun dibuat. Macam mana perkara ini boleh terjadi. Lagipun Aku menggunakkan "online banking" untuk menjelaskan segala bayaran pinjaman dan segala bil utiliti. Sepatutnya ia menjadi lebih cekap!
Kisah 3 Tahun Dahulu
Kemudian baharulah Aku teringat, 3 tahun yang lepas Aku pernah mengalami masalah yang serupa. Masalah ini timbul setiap kali menerima kad kredit baharu bagi menggantikan kad kredit yang telah tamat tempoh. Jadi, bayaran yang dibuat masih lagi merujuk kepda kad lama (akaun lama) sebab itu Aku akan mendapat surat peringatan yang menyatakan Aku belum menjelaskan bayaran. Untuk menyelesaikannya terpaksa menghubungi talian hotline Maybank dan memberitahu mereka tentang masalah ini. Kemudian mereka akan mengemaskini sistem mereka.
Sepatutnya Lebih Mudah
Sepatutnya mereka boleh menyelesaikan masalah ini secara terus. Maksudnya mereka sebagai pengeluar kad kredit, mereka tentunya mempunyai data lengkap tentang tarikh luput dan penggatian kad. Jadi setiap kali kad kredit dikeluarkan, sistem sepatutnya menggemaskini maklumat akaun kepada kad yang terbaharu.
Menyusahkan Pelanggan
Tidak perlulah tunggu sehingga pelanggan membuat aduan! Err memang sungguh tidak cekap dan menyusahkan pelanggan! Kalaulah dapat diefisienkan bahagian ini sahaja, Aku pasti bank ini mampu menjimatkan kos dan meningkatkan keyakinan pelanggan.
selalu juga dengar rungutan pasal maybank ni trutama bab kad kredit. Pernah di offer tapi xnaklah..
BalasPadamPasal servisnya ok. Tak de masalah. Cuma bila kad itu expired dan diganti dengan kad baharu, selalunya payament tak dipindahkan ke akaun baru. Terpaksa call dan beritahu.. Patutnya ia boleh dikemaskini secara automatik..
BalasPadamNape maybank seperti sengaja jer wat-wat tak update.
BalasPadamSaya pun tak begitu pasti kenapa.. Mungkin department yang menguruskan Online Banking dan Credit Card berlainan.. Oleh kerana Saya ada satu je kad kredit (Maybank), tak begitu pasti tentang bank-bank lain..
BalasPadambiasalah..bank dah besar, pelanggan pun dah ramai..mesti ada yg terlepas pandang punya..
BalasPadamaku dulu pun pakai kad Maybank, tp skrg dah batalkan..
Kalau boleh memang nak cancel terus.. tapi di zaman cyber serba canggih lagi moden nih terpaksa kena ada satu untuk memudahkan urusan esp. untuk booking flight/hotel.
BalasPadambaru amik kad kredit.. (tp x amik lagi dari bank..)
BalasPadamniat nak pakai untuk minyak.. tapi xreti.. boleh ke nak buat full tank?
en anif, amik award kat blog saya eh? *wink* *wink*
Aha.. :D pakai kredit kad buat beli minyak tak dapat reward pointkalau tak silap la! Nak buat fulltank apa susahnya.. swipe in.. angkat pam dan isi sampai penuh.. letak balik pam dan tunggu receipt.
BalasPadamOk nanti saya akan ambil award itu.. Terima kasih.
malaysian banks r less competent than the foreign banks even here in malaysia!
BalasPadamYeah.. I do agree with u.. but sadly we have no choice.
BalasPadambiasa la tu.. bank ni kadang nak kene ketuk jugak..
BalasPadamsusah sangat nak update system n kalau ader masalah pun lambat2 jer call customer.. kita yang taktau apaper ni dok kene call2 if anything.. itu pun susah nak berangkat..
certain2 bank msia ni ok servisnya, certain plak cuma in customer service.. takder yang perfect la.. bila ntah customer betul2 dapat satisfaction bila communicate ngan bank.. huhu..
Memang kena ketuk baru nak jadi... kalau tak datang sergah macam tak jalan kerja..
BalasPadamkad kredit aku xpernah pakai so aku x tau le. tapi aku skang dah x pakai atm maybank sebab kalau cucuk lebih 5 kali dalam sebulan rasanya kena caj 50 sen. x aci.
BalasPadamPakai la Debit Card function kat kat ATM tu.. Instead keluar duit untuk pi shopping//
BalasPadam