Cerita Tentang [
Realiti
]

Sudah Bayar la..

Aku ingatkan hal itu sudah selesai, rupa-rupanya belum! Hari Isnin yang lepas Aku dihubungi oleh pihak Maybank Credit Card Center berkenaan tunggakkan bil kad kredit yang belum dijelaskan! 

Menjadi Isu Semula


Hiss.. tak cukup dengan surat kemudian siap telefon pula. Memang menyakitkan hati bila perkara yang dianggap selesai tiba-tiba menjadi isu semula. Patutnya sebelum menghubungi, tolonglah semak rekod terkini akaun tersebut dan bukannya terus memberi peringatan untuk membayar hutang!



Letih Menerangkan Situasi Sebenar


Aku pun sudah letih untuk menerangkan pada mereka tentang situasi sebenarnya. Pada hemat Aku ia tidaklah serumit mana. Situasi itu berlaku  disebabkan komunikasi yang tidak efisien antara jabatan. 

Selepas 2 Minggu


Dua minggu yang lepas, sebaik sahaja menerima surat peringatan yang pertama, Aku telah menghubungi talian 1-300 88 6688  untuk memberitahu tentang situasi tersebut dan mereka berjanji untuk mengemaskini rekod dan akaun dalam jangkamasa dua minggu. Sebaliknya selepas dua minggu, bukan sahaja rekod belum dikemaskini malah menerima panggilan daripada mereka untuk menuntut hutang! Ciss *@#%6%

Inisiatif Sendiri


Akhirnya Aku menulis surat dan mem"faks"kannya terus ke Maybank Credit Card Center dan pagi tadi Aku mengambil inisiatif untuk ke Cawangan Maybank Skudai untuk membuat "follow up". 

Tuntutan


Antara tuntutan Aku ialah supaya mereka memindah baki tertunggak dan bayaran ke akaun yang baharu, menghapuskan caj lewat, mengembalikkan kadar faedah asal dan mengemaskini rekod kad kredit terbaharu di dalam sistem maybank2u. Aku juga meminta pegawai di Bank tersebut menghubungi pegawai yang menguruskan kes Aku di Kuala Lumpur untuk memastikan beliau mendapat gambaran sebenar tentang kes tersebut.  Setelah mendapat jaminan ianya akan diselesaikan secepat mungkin dan berpuas hati, baru Aku beredar..

Merasai Sedikit Pengalaman Berhutang!


Sekarang baharulah Aku dapat merasakan sedikit pengalaman bagaimana jika hidup dikelilingi hutang bertimbun, saban hari menerima panggilan telefon menuntut hutang, menerima surat tuntutan hutang dan dikejar pengutip hutang akan membuat seseorang itu hilang pertimbangan. 

Berkemungkinan juga boleh menyebabkan kemurungan dan akhirnya boleh membawa maut!



:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

13 comments

  1. alfa julietApril 28, 2010

    hidup berhutang memang tak aman..serabut kepala selagi tak bayar

    ReplyDelete
  2. Betul tu... hutang biar berpada-pada..

    ReplyDelete
  3. Mohd Nadri SaringApril 28, 2010

    kita berhutang bukan kerana suka2...sebab tak mampu kita berhutang..susah2 cancel ajer kad dgn Maybank tuu...

    ReplyDelete
  4. Nasihat saya tak perlulah sgt pakai kad kredit, cukup sekadar satu sahaja jika hendak memakainya juga. Azab bila masa hendak membayarnya balik. Kad kredit ibarat pinjaman segera. Saya sendiri pernah mengalami situasi yang susah bila hendak membayarnya balik. Alhamdulilah segala hutang tersebut sudah saya langsaikan.

    ReplyDelete
  5. Tulah.. memang rasa nak cancel jer.. 

    ReplyDelete
  6. Memang itu jer pun kad kredit yang saya ada... sebab itu ditatang bagai minyak yang penuh.. payment semuanya ikut jadual.. hutang pun tak banyak..Insyallah boleh dilangsaikan dalam sebulan dua ni..

    Pakai sebab untuk memudahkan kerja.. booking flight dan hotel jika bertugas diluar kawasan.. dan paypal jika beli barang dari ebay!

    Kalau ada lebih dari satu.. memang nak mencari bala namanya tu..

    ReplyDelete
  7. baru dapat kad tp x guna lagi.. ingat nak guna utk beli petrol.. tp xtau cara.. huhu

    ReplyDelete
  8. Hahaha... swipe in jer kat pam petrol tu.. :D

    ReplyDelete
  9. kena tekan apa2 nombor x? yg selalu org tekan2 kat mesin kat cashier tu utk apa?

    oh lg 1.. kalau dah pakai kredit card, mesra card xleh pakai la eh?

    ReplyDelete
  10. Tak perlu tekan apa2.. select language.. swipe in kad mesra.. kemudian swipe in kad kredit..

    ReplyDelete
  11. Erk..terlalu sukar nak menjawapnya bila seseorang yang tidak tahu dari mana- mana. Tak mengapa mungkin saudara Anif blh membantu.

    ReplyDelete
  12. Kalau tak tahu guna kad kredit..meh beri pada Saya dan saya akan ajar macam mana bershopping cara orang kaya (err.. konon-konon kaya).. haha

    ReplyDelete
  13. Apakah Anda membutuhkan pinjaman dari perusahaan yang dapat diandalkan? kemudian Hasan Pinjaman Perusahaan adalah tempat yang tepat untuk menjadi, pemberi pinjaman kredit pribadi kami yang memberikan kesempatan seumur hidup untuk mendapatkan pinjaman, kami menyediakan semua jenis pinjaman sebesar 2%. jika tertarik hubungi kami di email: hasanloancompany@gmail.com atau hasanloancompany@yahoo.co.id
    Salam,
    Pak Hasan Malek

    ReplyDelete