Cerita Tentang [
Realiti
]

Cemburu Pada Kerjaya Guru!

Cemburu pada kerjaya Guru! Mereka ada hari istimewa, dimana mereka diraikan setiap tahun! Pada hari tersebut tentunya ada persembahan serta jamuan yang diadakan di sekolah!  Tentu seronok bila kerjaya diiktiraf  dan diberi penghargaan sewajarnya pada setiap tahun..

Hari Sambutan Untuk Kerjaya Lain?


Jadi untuk berlaku adil kepada semua, Aku ingin cadangkan supaya diwujudkan "hari sambutan" untuk kerjaya yang lain contohnya Hari Kerani, Hari System Administrator, Hari Juruteknik dan lain-lain.

Rasa Diiktiraf


Tentu meriah bukan?  Semua orang akan rasa diiktiraf serta dihargai dan seterusnya Aku pasti ia akan meningkatkan produktiviti!  Lagipun pengiktirafan tak semestinya berbentuk ganjaran tunai! Apalah salahnya diwujudkan hari istimewa bagi setiap kerjaya.. :D



Cikgu Lokman

Cemburu Pada Kerjaya Guru!


Maaf kerana terpesong tadi.. Rasanya masih belum terlambat untuk Aku mengucapkan "Selamat Hari Guru" pada semua guru-guru yang selama ini tanpa kenal erti penat dan lelah mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia yang berguna. Teruskan usaha kamu..

Buat Cikgu Lokman, Aku masih ingat kata-katanya..  "Awak belum layak duduk bersilang kaki, Jumpa Saya 10 tahun lagi dan pastikan awak layak duduk dengan gaya begitu!" 

Rindu pada Cikgu Lokman :D

Gambar (kredit) Junainah, Facebook



:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment