BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 Mei 2010

Saya Anti Rasuah Dengan Tidak Memberi Rasuah!

Sudah sembilan belas tahu Aku memandu dan menunggang motorsikal. Sudah banyak pengalaman berdepan dengan pihak berkuasa semasa memandu dan menunggang motorsikal. Jadi cerita ini berkisar dari pengalaman tersebut.

Melakukan Kesalahan


Sepanjang tempoh tersebut sudah empat kali Aku di saman. Tiga daripadanya merupakan saman memandu melebihi had laju dan bakinya merupakan saman akibat kesalahan meletakkan kenderaan. Pada kebanyakkan masa Aku sebenarnya sedar ketika melakukan kesalahan tersebut. Sengaja melakukannya dan telah bersedia mengambil risiko.

Ambil Risiko


Kalau sudah bersedia mengambil risiko dan kemudiannya di tahan Polis, bersedialah pula untuk menerima surat saman!  Jangan berikan pelbagai alasan untuk melengah-lengah cerita.  Mengaku sahaja kesalahan tersebut dengan sejujurnya. Mungkin kalau bernasib baik akan dilepaskan tetapi jangan sekali-kali cuba menutup kesalahan dengan cuba menyogok penjawat awam itu! Itu tindakkan yang tidak "gentleman" langsung!

Saya Anti Rasuah Dengan Tidak Memberi Rasuah!

Tidak Memberi


Pada pendapat Aku, jika tiada "pemberi" tentunya tiada "penerima" dan pembuka jalan bagi amalan rasuah bermula dari pihak yang melakukan kesalahan!  Ya.. kita (masyarakat)!  Amalan menyogok (rasuah) ini sememangnya perosak kepada sistem undang-undang.  Prinsip hidup Aku amat jelas iaitu menolak amalan tersebut dan Aku tidak mahu menjadi penyumbang kepada kerosakkan sistem undang-undang negara tercinta ini.

Saya Anti Rasuah Dengan Tidak Memberi Rasuah!


Kita asyik menyalahkan pihak Polis itu dan ini. Macam-macam tohmahan yang dilemparkan kepada mereka.  Mungkin ada yang kurang setuju dengan kenyataan tersebut, tetapi berdasarkan pengalaman itulah hakikatnya, rasuah berpunca dari pihak yang konon-kononnya berani mengambil risiko tetapi bila tertangkap akibat dari kesalahan yang dilakukan, tidak berani menerima akibatnya! Hipokrit!

Saya anti rasuah dengan tidak memberi rasuah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan