Pemandu
November 16, 2012
Memaparkan catatan dengan label Pemandu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemandu. Papar semua catatan
16 November 2012
09 Oktober 2012
Pemandu
Oktober 09, 2012
Senarai Lengkap Lokasi Pemasangan Kamera AES Di Seluruh Negara
Berikut adalah senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.
Lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot [Link].
Lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot [Link].
14 Julai 2010
Umum
Julai 14, 2010
Jangan Tiru Aksi Ini
Sedang menonton perlawanan bolasepak diantara Germany vs Argentina, tiba-tiba Aku dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat dihadapan rumah. Aku dan Abah segera keluar. Kami terkejut kerana ada kereta termasuk ke dalam longkang! Eh! Sebelah tayarnya tergantung di atas longkang :D
Selang sebuah rumah ada majlis perkahwinan. Abah pun baru sahaja pulang dari majlis "rewang". Kereta ini pun dari rumah tersebut. Rasanya pemandu itu cuba untuk membuat pusingan. Jambatan dihadapan rumah Abah memang tempat popular untuk membuat pusingan keluar. Masa dia masuk ke jambatan itu memang tiada masalah tetapi bila beliau cuba untuk mengundurkannya tayar hadapannya terus masuk ke tepi dan tergantung diatas jambatan! (Rasanya pemandu tersebut terlupa untuk menegakkan semula atau pun terlebih memulas stereng keretanya)
Mujur juga masih ramai orang di rumah orang kahwin, senanglah untuk meminta bantuan menolak keluar kereta tersebut. Lagipun pemandunya seorang perempuan muda (kawan si pengantin) tentu ramai yang berminat untuk menolong kalau tidak diminta pun :D

07 Mei 2010
Realiti
Mei 07, 2010
Saya Anti Rasuah Dengan Tidak Memberi Rasuah!
Sudah sembilan belas tahu Aku memandu dan menunggang motorsikal. Sudah banyak pengalaman berdepan dengan pihak berkuasa semasa memandu dan menunggang motorsikal. Jadi cerita ini berkisar dari pengalaman tersebut.
Melakukan Kesalahan
Sepanjang tempoh tersebut sudah empat kali Aku di saman. Tiga daripadanya merupakan saman memandu melebihi had laju dan bakinya merupakan saman akibat kesalahan meletakkan kenderaan. Pada kebanyakkan masa Aku sebenarnya sedar ketika melakukan kesalahan tersebut. Sengaja melakukannya dan telah bersedia mengambil risiko.
Ambil Risiko
Kalau sudah bersedia mengambil risiko dan kemudiannya di tahan Polis, bersedialah pula untuk menerima surat saman! Jangan berikan pelbagai alasan untuk melengah-lengah cerita. Mengaku sahaja kesalahan tersebut dengan sejujurnya. Mungkin kalau bernasib baik akan dilepaskan tetapi jangan sekali-kali cuba menutup kesalahan dengan cuba menyogok penjawat awam itu! Itu tindakkan yang tidak "gentleman" langsung!
23 April 2010
Umum
April 23, 2010
Berhati-hati Ketika Memotong "Low Loader"
Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga balik ke Seremban. Setengah jam memulakan perjalanan, Aku memotong sebuah "low loader" kosong yang dipandu agak laju. Ketika betul-betul berada disebelah kenderaan tersebut, tiba-tiba seketul batu bata mengelungsur daripada "low loader" tersebut dan terus mengenai bahagian bawah kiri kereta yang dipandu..
Bunyinya amat kuat sehinggakan semua yang ada didalam kereta terjaga! Nasib baik juga, ia terkena dibahagian kiri tepi bawah kereta. Kalau ia mengelunsur dan terkena di bahagian hadapan mungkin banyak kerosakkan yang akan berlaku dan kemungkinan paling teruk ialah kemalangan!

12 Mac 2010
Realiti
Mac 12, 2010
Lepas SPM.. Part 2
Kejadian ini berlaku ketika di dewan ujian untuk peperiksaan bertulis.. Untuk melayakkan Aku mendapat Lesen Belajar Memandu "L".
Membaca Carta
Seperti biasa kami di minta seorang demi seorang, untuk membaca carta yang mengandungi aksara untuk menentukan keadaan pengelihatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan untuk menduduki ujian bertulis.11 Mac 2010
Realiti
Mac 11, 2010
Lepas SPM.. Part 1
Sembilan belas tahun dahulu, Sebaik sahaja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional...
3 Bulan
Ada lebih kurang tiga bulan sebelum keputusan peperiksaan diumumkan. Pada masa itu Aku tercari-cari aktiviti yang sesuai untuk dilakukan. Tiba-tiba Abah mencadangkan supaya Aku belajar memandu dan Aku terus sahaja bersetuju dengan cadangannya tanpa berfikir panjang.. "Cool".Mendaftar Diri Ke Sekolah Memandu
Keesokan harinya Aku terus mendaftar di sekolah memandu. Pada masa itu, Modul Kurus Pemanduan Berhemah selama lapan jam baharu sahaja diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan. Kalau tak silap, kami merupakan "batch" kedua yang menghadirinya. Pada masa tersebut, yuran belajar memandu boleh dirunding. Maksudnya jika sudah pandai membawa kereta atau menunggang motorsikal, yuran yang dikenakan lebih rendah dan begitu juga sebaliknya. Belajar memandu dan menunggang juga tidak perlu ikut jam. Kalau rajin hari-hari pun boleh berlatih dan itu pun yang Aku lakukan.
Sentiasa Tiba Awal
Disebabkan Aku menumpang Abah setiap pagi untuk ke sekolah memandu, Aku tiba awal sebelum sekolah memandu itu dibuka! Bila staff sekolah memandu itu tiba, Aku membantu mereka membuka pintu "shutter" dan mengeluarkan motorsikal dari dalam premis.Membantu Staff Sekolah Memandu
Sepanjang hampir dua bulan Aku seolah-olah sebahagian daripada staff sekolah memandu tersebut. Manakan tidak, setelah membantu mengeluarkan motorsikal, Aku diminta oleh mereka untuk mengisi minyak motorsikal sebelum ke padang latihan! Tetapi tidak mengapa kerana Aku suka berbuat begitu. Kepercayaan yang mereka berikan menambahkan lagi keyakinan bila menunggang motorsikal cuma yang tidak seronok ialah motorsikal itu ada logo "L" yang amat besar! Untuk menyedapkan hati Aku anggap "L" itu bermaksud laju! Hehe..02 Mac 2010
Pemandu
Mac 02, 2010
Split Personality?
Personaliti kita berubah sebaik sahaja memasuki kereta. Kalau di rumah kita seorang bapa atau isteri yang penyayang, sebaik sahaja menekan pedal minyak semuanya berubah menjadi pelumba kereta "Formula One!" Pantang dicabar! Sentiasa bersedia memberikan tindak balas.
Aku berani mengatakan bahawa rakyat Malaysia sememangnya mempunyai "Split Personality" terutamanya mereka yang memandu kenderaan, lebih-lebih lagi penunggang motorsikal! Personaliti pertama ialah personaliti sebenar dan personaliti kedua sebagai ahli sukan ekstrim!
![]() |
| Split Personality? |
Memandu memang menyeronokan, meningkatkan kadar aliran adrenaline setara dengan sukan ekstrim. Mungkin ramai yang tidak sedar mengenainya. Jika anda memandu perasaanya sama seperti kita melakukan aksi-aksi didalam sukan ekstrim yang lain. Istilahnya kasarnya ialah "Berani Mati!"
Seperi peserta sukan ekstrim, risiko maksimum untuk mereka ialah kematian. Kematian yang seronok mungkin? Patutlah kempen keselamatan jalan raya di Malaysia tidak pernah berkesan! Mereka seronok melakukannya...
17 Februari 2010
Pemandu
Februari 17, 2010
Basah Tapi Tidak Hujan!
Kalaulah pemandu kereta tadi perihatin, tentu Aku tidak basah. Mungkin beliau tidak perasan. Tidak mengapa kerana Aku telah memaafkannya. Maklumlah penunggang motorsikal mana ada yang ambil peduli.
Err.. Encik pemandu kereta, lain kali kalau hendak mencuci cermin pandang-pandanglah belakang, kiri dan kanan juga!
18 Januari 2010
Pemandu
Januari 18, 2010
Boleh Hilang Darah Sekejap Bila..
Perkara-perkara yang boleh buat kita hilang darah sekejap dari perspektif penunggang motorsikal :
- Kena hon dengan lori!
- Kenderaan dihadapan tiba-tiba menukar lorang secara tiba-tiba.
- Kena himpit dengan kenderaan lain.
- Tiba-tiba kenderaan dihadapan membrek secara mengejut.
- Nampak penunggang motorsikal lain jatuh depan mata.
- Dipintas kenderaan lain dengan laju dan rapat.
Walau apa pun, amalkan pemanduan yang berhemah. Terutamanya "bikers". Kita ni kalau kemalangan sentiasa jadi mangsa, walapun tak salah!
07 Januari 2010
Pemandu
Januari 07, 2010
Bahasa Pemandu - Tak Ramai Yang Faham
Aku senyum, mengangkat tangan dan memberi isyarat, tetapi pemandu disebelah masih lagi tidak faham. Mungkin dia menyangka Aku mahu menguratnya!
Agak sukar untuk menukar lorong ketika kenderaan sedang banyak di atas jalan. Mujur pemandu dibelakangnya memberi laluan. Alhamdulillah, masih ramai lagi pemandu di Malaysia yang berhati mulia dan faham Bahasa Pemandu!