Suzuki FR50 Dalam Kenangan

Seperti remaja-remaja yang lain, Aku mahukan cabaran dan mencuba perkara baharu. Dalam banyak-banyak perkara menunggang motorsikal dan memandu kenderaan merupakan perkara yang tidak sah kalau tidak dicuba! Sama ada mendapat kebenara atau tidak, itu lain cerita!

Dikalangan rakan sebaya, mungkin Akulah yang paling lewat sekali belajar menunggang motorsikal. Ketika usia memasuki empat belas tahun baharu diberi peluang oleh Abah untuk menunggang. Itupun kerana terpaksa, Aku diajar menunggang motorsikal di jalan ladang kelapa sawit untuk memudahkan pergerakkan. Maklumlah bekerja di ladang kelapa sawit ini banyak peralatan yang hendak dibawa. Daripada kereta sorong, pongkis, sabit dan batang "aluminium" nya yang panjang itu memerlukan seorang memegangnya. Kalau dah memegang peralatan macam mana hendak menunggang motorsikal? Sebab itu Aku diajar menunggang motorsikal.. Tujuannya amat murni iaitu untuk membantu orang tua :D

Kalau sudah pandai menunggang motorsikal tetapi hanya pokok-pokok sawit sahaja menjadi saksi tentulah tidak seronok. Hendak juga diberitahu satu kampung yang Aku sudah pandai menunggang motorsikal. Dari situlah bermulanya punca segala masalah.. Maklumlah remaja, menunjukkan kehebatan menunggang memang keseronokkan buat mereka. Apatah lagi bila dipuji rakan-rakan tentang keberanian atas aksi yang ditunjukkan lagilah ia menjadi-jadi.


Suzuki FR50
Suzuki FR50

Menunggang berkumpulan pusing-pusing satu kampung merupakan aktiviti harian. Mungkin disebabkan Abah hanya ada motorsikal Suzuki FR50, jadi tidaklah boleh Aku nak berlumba dengan rakan-rakan yang mempunyai Honda C70. Haha. tertinggal jauh bertiang-tiang beb!  Mungkin itu lah hikmahnya.. motorsikal tidak cukup berkuasa! Tidak boleh nak ber "wheelie" dengannya.. apalagi melakukan aksi "wikang"!  Maka terselamatlah Aku daripada terjebak menjadi "Mat Rempit"!

Oh! Sekarang media arus perdana sudah menukar istilah dari Mat Rempit kepada Samseng Jalan Raya!

Kredit (gambar) - Suzuki Motorcycles.org

10 comments:

  1. wah macam kapcai je bang

    ReplyDelete
  2. :D betul la tu.. kapcai

    ReplyDelete
  3. Kira adik beradik ngan honda honda 50. Agaknya..

    ReplyDelete
  4. Sezaman la tu.. Cuma Honda 50 tu lagi power.. Motor Suzuki ni motor yang lembut.  Kalau ada gear pun boleh dihidupkan enjin :D dan terus jalan..

    ReplyDelete
  5. arwah tokwan i ada 1 motor ni.. dulu selalu dia bawak ronda2 kampung

    ReplyDelete
  6. Mohd Nadri SaringMay 04, 2010

    zaman dulu klu dpt naik motosikal dah kira hebat..tp syg moto Suzuki takde second hand value..

    ReplyDelete
  7. Memang pun.. beli pakai sampai jahanam lah jawabnya.. :D

    ReplyDelete
  8. <span>:D Motor ni memang sesuai untuk ronda-ronda sekeliling kampung..  Lemah lembut bunyinya.. dan sifat semula jadinya yang bukan aggresif haha..</span>

    ReplyDelete
  9. Park AirMay 04, 2010

    smart la muto tu, ada lagi x skarang? ayah aku dulu ada honda macam jaki jipang pakai. tapi dah jual x sempat aku nak merasa..

    ReplyDelete
  10. Entah mana peginya.. balik dari sekolah berasrama.. motor tu dah takde.. Mungkin sudah dijual.. :(

    ReplyDelete

Copyright © 2017 BEAM™