Cerita Tentang [
Motorsikal
]

Suzuki Nuda - Masih Kekal Sebagai Konsep Selepas 25 Tahun


Suzuki Nuda Concept Bike
Ada diantara ciptaan yang tidak mampu direalisasikan dan kekal dalam bentuk konsep (prototype) walaupun idea serta ciptaan tersebut sangat menarik, unik serta futurustik. Salah satu contoh klasik ialah Suzuki Nuda

Memang ini adalah antara motorsikal idaman warga Generasi X. Saya sendiri menampal poster motorsikal ini didalam bilik yang diambil daripada Majalah Roda Roda dan pernah berazam pada satu hari nanti untuk memilikinya.


Masih Kekal Dalam Bentuk Konsep


Oleh kerana ia masih kekal dalam bentuk konsep, peluang untuk memilikinya tentulah tiada dan akan kekal sebagai impian sampai bila-bila..

Suzuki Nuda Concept Bike - Pandangan Sisi

Suzuki Nuda ini diperkenalkan dalam bentuk konsep (prototype) pada tahun 1986 di Tokyo Motor Show. Sejak 25 tahun yang lalu ia masih kekal sebagai motorsikal konsep yang mendahului zaman. Tidak keterlaluan jika ia dikatakan sebagai motorsikal konsep yang memberikan impak yang agak besar sehingga mampu mempengaruhi rekabentuk pelbagai model dari jenama yang lain.


Suzuki Nuda Concept Bike - Bahagian Hadapan



Masih Sedap Dipandang - Rekabentuknya


Motorsikal konsep ini sudahpun berusia lebih 25 tahun, namun begitu rekabentuknya masih sedap dipandang. Walaupun tidak dapat direalisasikan, motorsikal ini sebenarnya adalah sebuah motorsikal konsep (prototype) yang telahpun diuji dan ditunggang. Menggunakan enjin Suzuki GSX-R 750, ia mampu mencapai kelajuan 280km/h berikutan rekaan serta aerodinamiknya yang bagus.



Suzuki Nuda Concept Bike - Pandangan Sisi Kanan



Pacuan Dua Roda


Selain daripada itu motorsikal ini juga merupakan motorsikal konsep pertama yang mengutarakan idea pacuan 2 roda. Dimana kedua-dua tayarnya mempuyai kuasa untuk menggerakkan motorsikal yang dijana oleh pemacu shaft pada kedua-dua tayar hadapan dan belakang.



Faktor Kos? Biar Betul!


Diberitakan pihak Suzuki tidak dapat merealisasikan model ini akibat faktor kos pada masa tersebut. Yang pastinya pada masa kini, jika pihak Suzuki mejadikan model konsep ini sebagai realiti tentunya tiada lagi kekangan teknologi dan kos yang mampu menghalang projek ini. 


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment