BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

05 September 2010

Ramadan Buffet - Grand BlueWave Hotel Johor Bahru

Ini adalah catatan lama. Untuk senarai Ramadan Buffet 2012 Johor Bahru, sila rujuk pautan ini [Link].

Hari Khamis yang lepas..

Antara acara tahunan yang amat dinanti-nantikan ialah majlis berbuka puasa anjuran pihak syarikat  Seperti kebiasaan, majlis ini diadakan di Hotel Grand BlueWave Johor Bahru yang terletak berdekatan dengan pejabat. 



Oleh kerana hari ini hari istimewa, semua kerja mesti diselesaikan sebelum pukul 6:30 petang. Tiada alasan untuk pengguna sistem untuk berlengah-lengah lagi. Sebaik sahaja pengguna terakhir keluar dari sistem, kami segera melakukan proses "End of Day" dan membuat "Backup". Selesai semuanya kami terus berangkat ke hotel.



Buffet Ramadhan di Hotel Grand BuleWave Johor Bahru berharga RM55++ untuk dewasa dan RM35++ untuk kanak-kanak. Kadar yang hampir "serupa" dengan hotel-hotel lain yang ada di sekitar Johor Bahru.

Kalau terpaksa membayar sendiri, mungkin berfikir dua tiga kali untuk datang  ke sini! Maklumlah untuk makan ditempat begini memang tidak sesuai langsung dengan gaya hidup Aku.



Semua juadah yang disediakan memang menepati selera. Kalau dikutkan nafsu makan yang membuak-buak, memang mahu makan semuanya tetapi apakan daya, keupayaan diri sememangnya terhad.



Terdapat beberapa stesyen penyediaan makanan, antaranya Stesyen "steamboat", Sate, Kambing Panggang, masakan Melayu, Aneka sup serta pelbagai pencuci mulut.





Tentunya yang menarik perhatian ialah Kambing Panggang dan sate. Tetapi disebabkan tekak Melayu, Aku memilih untuk berbuka puasa dengan sedikit kuih, Nasi Baryani Kambing dan ayam lemon.



Selain itu Aku juga mengambil beberapa cucuk sate campuran ayam dan daging.




Selesai solat maghrib, menyambung kembali aktiviti makan dan diakhiri dengan hidangan sup "gear box" yang agak pekat kuahnya dan semestinya ia sangat sedap. 

Alhamdulillah dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak syarikat kerana membiayai aktiviti majlis ini. Tahun depan di mana destinasi untuk berbuka puasa anjuran syarikat agak-agaknya?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan