Cerita Tentang [
Keluarga
]

Hari Kedua Syawal

Perjalanan merentas sempadan negeri dimulakan pada Syawal kedua. Kami bertolak dari kampung Nyaie di Batu Pahat untuk menuju Seremban, Negeri Sembilan. Memulakan perjalanan seawal jam 9:00 pagi sebaik sahaja selesai bersarapan dan mengemas segala kelengkapan.

Untuk menuju ke lebuh raya utara selatan, kami mengelak untuk menggunakan laluan menuju ke Plaza Tol  Air Hitam. (Walaupun itulah Plaza Tol masuk terhampir)

Pekan Air Hitam memang sudah terkenal dengan kesesakan lalulintas setiap kali musim perayaan. Jadi kami seboleh-bolehnya akan mengelak untuk melalui kawasan tersebut.

Sebaliknya kami mengambil keputusan untuk masuk ke lebuh raya utara selatan menggunakan Plaza Tol Yong Peng Utara.

Alhamdulillah  perjalanan yang lancar. Kenderaan pun masih lagi tidak banyak di atas lebuh raya. Kami berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat Air Keroh. dan akhirnya kami selamat sampai ke Seremban kira-kira jam 11:45 pagi.

Oleh kerana kami tiba awal di Seremban dapatlah kami berehat secukupnya sebelum menyambung acara berziarah pada sebelah petangnya di sekitar Bandar Seremban.


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment