BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

14 September 2010

Hari Keempat Syawal

Hari ini merancang untuk pergi ke 3 buah rumah lagi. Kesemuanya rumah pakcik dan makcik (adik beradik emak dan abah mertua). Dua rumah yang pertama terletak di dalam kawasan yang sama manakala rumah yang paling jauh ialah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Keluar rumah selepas jam 2:30 petang dan selesai semuanya sekitar jam 7:00 malam. Perlu menghabiskan ziarah ke 3 buah rumah ini untuk melengkapkan senarai ahli keluarga yang wajib diziarahi kerana pada sebelah malamnya kami merancang untuk pulang ke Johor.

Sebaik sahaja sampai di rumah mertua, kami segera bersiap dan berkemas. Perjalanan pulang merentas sempadan negeri akan dimulakan sekali lagi pada sebelah malam. Setelah siap berkemas serta memeriksa kenderaan, tepat jam 11:00 malam kami memulakan perjalanan pulang ke Johor.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan keadaan traffik di Lebuh Raya Utara Selatan tidaklah sibuk cuma perjalanan malam laluan di tersebut dipenuhi oleh lori dan bas ekspress. Keadaan dihentian rehat juga agak terkawal dan tidak sesak. Berehat di Hentian Rehat Dan Rawat Pagoh selama 30 minit sebelum menyambung semula perjalanan dan akhirnya kami selamat tiba di Kluang kira-kira jam 2:30 pagi.

Esok pada sebelah pagi (Hari Kelima Syawal) kami merancang untuk meneruskan program ziarah di sekitar Daerah Kluang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan